Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ram] | ݢرم

Definisi : 1. marah, panas hati, sakit hati: ia menjadi semakin ~ mendengar anaknya berani menjawab; 2. suka atau cinta (tetapi seakan-akan benci), gemas: amboi, bijaknya budak itu, ~ aku menengoknya; turut hati yg ~, hilang takut timbul berani prb kerana marah hilang takut; menggeram 1. menjadi geram; 2. menyukai atau mencintai (tetapi seakan-akan benci): ia menciumi budak itu di mana-mana sahaja yg digeramnya; 3. berbunyi menderum (harimau dll), menderam: orang kampung berasa takut apabila mendengar harimau ~ pd waktu malam; menggeramkan menyebabkan geram, membangkitkan geram; kegeraman 1. perihal geram; 2. berasa (menjadi) geram: kakaknya terjerit-jerit ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ram] | ݢرم

Definisi : 1 (berasa) sangat marah kerana dihina, dipermain-mainkan dll; mempunyai perasaan yg menyebabkan orang mahu berkelahi dsb: Aku ~ mendengar kata-katanya yg menghina itu. 2 (berasa) sangat suka akan sesuatu sehingga menimbulkan keinginan melakukan sesuatu terhadapnya: Bertubuhnya bayi ini, ~ aku. menggeram menjadi geram (marah sekali). kegeraman hal atau rasa geram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geram

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jika diturut hati yang geram,
     hilang takut timbul berani.

Bermaksud :

Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
jimban[dZim.bAn]kata adjektifberkenaan tubuh badan bayi yang montel, mungkil.Anak sulung misi tu jimban boto, ramai goram kek diyo.[A.nA/ su.luN mi.si tu dZim.bAn b.t ÄA.mAj g.ÄAm kE/ di]Anak sulung misi itu montel betul, ramai geram akan dia.
bangkai[bAN.kAj]kata namakata kesat yang diucapkan kerana marah atau geram.Huh, apo bangkaie kau ni, kojo tu pon tak buleh buek![huh A.p bAN.kAj.E kAw ni k.dZ tu pon tA/ bu.leh bu.wE/]Heh, apa bangkainya kau ini, kerja yang itu pun tidak boleh buat

Kembali ke atas