Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.la.gi.la] | ݢيلا٢

Definisi : 1. bertingkah laku, bersikap dsb spt orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila: ini bukanlah tempat dan masanya utk bergurau dan berperangai ~; watak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya; 2. berbuat dgn sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dsb: dia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain; 3. melampaui had atau batas yg sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan: suatu langkah yg berkesan harus diambil segera utk membendung kenaikan harga barang keperluan yg ~ sejak kebelakangan ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.la.gi.la] | ݢيلا٢

Definisi : 1 spt orang gila; seakan-akan gila (tidak senonoh dll). 2 agak gila; gila sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gila-gila

Puisi
 

Tidak gula dibuat gula,
     Hanyut kiambang berangkai-rangkai;
Tidak gila dibuat gila,
     Bulan mengambang rasa nak capai.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Bagai cacing gila.

Bermaksud :

Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya. cacing gila = cacing yang berputar-putar bila disentuh.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bodocap[b.d.tSAp]kata kerjasebutan yang tiba-tiba, spontan.Bodocap jo, dio mengato orang tu gilo.[b.d.tSAp dZ di,j m.NA.t .ÄAN tu gi.l]Spontan saja dia mengatakan orang itu gila.
moncolibut[mn.tS.li.but]kata adjektifberkenaan lari dengan lintang-pukang.Budak itu moncolibut kono koja anjeng gilo.[bu.dA/ i.tu mn.tS.li.but k.n k.dZA An.dZeN gi.l]Budak itu lari lintang-pukang kena kejar anjing gila.

Kembali ke atas