Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ngus] | هاڠوس

Definisi : menjadi binasa kerana dimakan api, terbakar hingga menjadi hitam: maka mahligai itu pun habis ~; ikan itu tidak dapat dimakan lagi kerana ~ sewaktu dipanggang; ~(-hangus) hati a) panas hati, marah; b) terlalu rindu (ingin); belanja (perbelanjaan, wang) ~ wang hantaran pengantin lelaki kpd pihak perempuan utk belanja kahwin (lain drpd mas kahwin); ~ tiada berapi, karam tiada berair prb menderita kesusahan yg amat sangat; menghanguskan membakar sampai han­gus; ~ hati (dada) memanaskan hati, men­jadikan sangat marah; kehangusan 1. keadaan hangus; 2. terbakar hangus; ~ hati a) panas hati, sangat marah; b) kerinduan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ngus] | هاڠوس

Definisi : sj ikan darat, arang ekor, Balan­tio­cheilus melanopterus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ngus] | هاڠوس

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Dichapetalum (Chaillettia) spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ngus] | هاڠوس

Definisi : menjadi rosak atau binasa kerana dimakan api; menjadi hitam kerana dimakan api: Rumahnya ~ dlm kebakaran itu. menghanguskan membakar se­suatu sampai hangus (menjadi hitam). kehangusan 1 keadaan hangus. 2 habis dimakan api; terbakar: Segala barang keperluannya ~ dlm kebakaran itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hangus
Rujuk :hangit

Puisi
 

Masak udang dalam perahu,
     Ubi rebus terletak di padang;
Zaman sekarang kalau nak tahu,
     Budi hangus menjadi arang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Angus (hangus) tiada berapi,
     karam tiada berair.

Bermaksud :

Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
congkot[tSN.kt]kata adjektifhitam atau hangus, rentung kerana dibakar atau digoreng.Mayat dalam rumah yang tobaka tu, payah nak kona, sobab dah congkot.[mA.jAt dA.lAm Äu.mAh jAN t.bA.kA.tu pA.jAh nA/ k.nA s.bAb dAh tSN.kt]Mayat di dalam rumah yang terbakar itu sukar hendak dikenali, sebab sudah hangus.
locot[l.tSt]kata kerja1. melepuh, hangus terbakar (pada tubuh badan).Tangane locot dek tokono ae monggologak.[tA.NAn.E l.tSt de/ t.k.n AE mN.g.l.gA/]Tangannya melepuh kerana terkena air menggelegak.

Kembali ke atas