[hé.rot] | هيروت
Definisi : (hérot) tidak lurus atau tegak benar, benyot, mencong: ibuku ketawa riang hingga ~ bibir mulutnya; ~-benyot = ~-berot terlalu herot; mengherotkan menjadikan herot, membenyotkan, memencongkan: garisan yg dilukisnya diherotkan sedikit; suaranya keras mengejut menyebabkan Timah ~ bibirnya; mengherot-herotkan menyebabkan herot beberapa kali atau banyak kali; terherot-herot menjadi herot-berot, terbenyot-benyot, termencong-mencong: kaca itu membuat rupanya kelihatan ~; herotan 1. sesuatu yg tidak tepat, kecacatan: ilmu pengetahuan mereka begitu bebas drpd ~ yg disebabkan oleh pengaruh sosial; 2. (Komp) perubahan rupa bentuk pd gelombang isyarat penerima berbanding dgn isyarat asal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hé.rot] | هيروت
Definisi : /hérot/ tidak lurus atau tidak tegak betul; serong; mencong (bkn bibir, mulut dll): Dia ketawa hingga ~ bibir mulutnya. ~-berot, = ~ benyot sangat (terlalu) herot. mengherotkan menjadikan herot; memencongkan: ~ bibir (mulut). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)