Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ikan gigi ~ sj ikan laut, Otolithus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn; menjarang memasak air; ® jerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak kerap atau tidak rapat; bersela; renggang: gigi ~; kain ~. 2 tidak lebat atau tidak padat: Rambutnya ~. 3 = jarang-jarang tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. menjarangkan membuat supaya jarang atau renggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
ngehek[NE.hE/]kata kerjageleng kepala kerana tidak setuju.Dalam porundingan tu, dio jarang nganggok, ngehek yo kojoe.[dA.lAm p.Äun.di.NAn tu di.j dZA.ÄAN NAN.g/ NE.hE/ j k.dZ.E]Dalam perundingan itu, dia jarang mengiakan, menggelengkan kepala saja kerjanya.
kolopai[k.l.pAj]kata namabeg daripada mengkuang atau plastik, bertali satu, sumpit.Kolopai yang dibuek dari mongkuang dah jarang jumpo sekarang kerano orang lobih suko pakai plastik.[k.l.pAj jAN di.bu.wE/ dA.Äi mN.kuAN dAh dZA.ÄAN dZum.p s«.kA.ÄAN .ÄAN l.beh su.k pA.kAj plAs.ti/]Kolopai yang dibuat dari mengkuang sudah jarang jumpa sekarang, kerana orang lebih suka pakai plastik

Kembali ke atas