Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.pa] | جومڤا

Definisi : ; berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar; menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pem­bunuhan itu; memperjumpakan mempertemukan; terjumpa menjumpai sesuatu secara ke­betulan (tidak sengaja): kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil; jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain; perjumpaan perihal berkumpul atau ber­himpun (dlm mesyuarat, majlis ke­ramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; penjumpaan perihal atau perbuatan men­jumpai, penemuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.pa] | جومڤا

Definisi : ; berjumpa 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan: Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,

Puisi
 

Anak dekut hutan Merlimau,
     Jumpa landak meniti batang;
Kalau takut makan rimau,
     Tidak saya berjalan seorang.


Lihat selanjutnya...(35)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kolintau[k.lin.tAw]kata kerja1. mencari merata tempat, melilau; bokolelong.Kolintau den cari pisau tak jumpo-jumpo, mano kau lotakan.[k.lin.tAw dEn tSA.Äi pi.sAw tA/ dZum.p.dZum.p mA.n kAw l.tA/.An]Melilau saya mencari pisau tidak jumpa-jumpa, mana kau letakkan?
bokolelong[b.k.le.lN]kata kerja1. mencari merata tempat, melilau; kolintau.Bokolelong den cari pisau tak jumpo-jumpo, mano kau lotakan.[b.k.lE.lN dEn tSA.Äi pi.sAw tA/ dZum.p.dZum.p mA.n kAw l.tA/.An]Melilau saya mencari pisau tidak jumpa-jumpa, mana kau letakkan?
kolokai[k.l.kAj]kata kerjacari dengan teliti.Kok tak kolokai lamari tu, payah nak jumpo.[ko/ tA/ k.l.kAj l.mA.Äi tu pA.jAh nA/ dZum.p]Kalau tidak cari dengan teliti dalam almari itu, payah hendak jumpa.
joreh[dZ.ÄEh]kata kerjasesak nafas.Nampake orang tu dah joreh bona, kok kau nak jumpo poila nanti kok tak jumpo.[nAm.pA/.E .ÄAN tu dAh dZ.ÄEh b.nA k/ kAw nA/ dZum.p pi.lA nAn.ti k/ tA/ dZum.p]Nampaknya orang itu sudah nazak benar kalau kau hendak jumpa pergilah nanti tidak sempat.
kolopai[k.l.pAj]kata namabeg daripada mengkuang atau plastik, bertali satu, sumpit.Kolopai yang dibuek dari mongkuang dah jarang jumpo sekarang kerano orang lobih suko pakai plastik.[k.l.pAj jAN di.bu.wE/ dA.Äi mN.kuAN dAh dZA.ÄAN dZum.p s«.kA.ÄAN .ÄAN l.beh su.k pA.kAj plAs.ti/]Kolopai yang dibuat dari mengkuang sudah jarang jumpa sekarang, kerana orang lebih suka pakai plastik

Kembali ke atas