Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara ber­bagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas sela­matnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kenduri (kata nama)
Bersinonim dengan moreh, lat, penjamuan makan, doa selamat, sedekah, tolak bala.,

Puisi
 

Anak dara menumbuk pandan,
     Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
     Segala yang buruk letak ke tepi.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
olek[.lE/]kata namakenduri khusus untuk perkahwinan.Olek rajo tak poi rugi, ompek puloh eko kobau tumbang.[.lE/ ÄA.dZ tA/ pi Äu.gi m.pE/ pu.loh E.k k.bAwtum.bAN]Kenduri raja tidak pergi rugi, empat puluh ekor kerbau tumbang.
bogolek[b.g.lE/]kata namakenduri kahwin secara besar-besaran.Rumah Pak Ali bogolek sampai duo tigo ari.[Äu.mAh pA/ A.li b.g.lE/ sAm.pAj du.w ti.g A.Äi]Rumah Pak Ali mengadakan kenduri kahwin secara besar-besaran sampai dua tiga hari.
ponanggah[p.nAN.gAh]kata nama1. tempat meletak peralatan dapur ketika kenduri.Bilo nak konduri ponoh pinggan mangkuk dilotak kek ponanggah.[bi.l nA/ kn.du.Äi p.nh piN.gAn mAN.ku/ di.l.tA/kE/ p.nAN.gAh]Apabila hendak kenduri, penuh pinggan mangkuk diletakkan di penanggah.
mangkeh[mAN.kEh]kata namaistiadat mencukur rambut bayi.Mak Long kau buek konduri cuko rambut, kok nak mangkeh, bawoa duit.[mA/ lN kAw bu.wE/ kn.du.Äi tSu.k ÄAm.bot ko/ nA/ mAN.kEh bA.w lA du.wEt]Mak Long kau buat kenduri cukur rambut, kalau hendak ikut acara cukur rambut, bawalah duit.
bountu-untu[b.un.tu.un.tu]kata kerjabertalu-talu, berentetan, bertali arus.Konuri tompek Dolah tu, orang datang bountu-untu, sobab dio yang bohormat.[kn.du.Äi tm.pE/ d.lAh tu .ÄAN dA.tAN b.un.tu.un.tu s.bAb di.j jAN b.hoÄ.mAt]Kenduri tempat Dollah itu, orang datang bertalu-talu, sebab dia Yang Berhormat.
torimbeh[t.Äim.bEh]kata adjektifterlayan.Kondori rumah Tok Lelo Tajo jumputane tolalu ramai, tak torimbeh tuan rumahe.[kn.du.Äi Äu.mAh t/ lE.l tA.dZ dZm.pu.tAn.E t.lA.lu ÄA.mAj tA/ t.Äim.bAh tu.wAn Äu.mAh.E]Kenduri rumah Tok Lela Raja jemputannya terlalu ramai, tidak terlayan tuan rumahnya.
sado[sA.d]kata tugassemuanya, segalanya.Sado nang ado ni, datang kek rumah den minggu dopan, den nak konduri siket.[sA.d yAN A.d ni dA.tAN kE/ Äu.mAh dEn miN.gu d.pAn dEn nA/ kn.du.Äi si.ket]Semuanya yang ada ini, datang ke rumah saya minggu depan, saya hendak kenduri sedikit.

Kembali ke atas