Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.na] | کران

Definisi : kata hubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; oleh sebab: Mereka menjadi kaya ~ mereka rajin dan berusaha. ~ apa oleh sebab apa; mengapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(167)
Peribahasa

Kuat ikan kerana radai,
     kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).

 

Lihat selanjutnya...(326)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bokolelong[b.k.le.lN]kata kerja2. menjerit-jerit kerana terlalu sakit; kolintau.Mak Teh bokolelong kek dapo sobab tesiram minyak paneh.[mA/ tEh b.k.lE.lN kE/ dA.po s.bAb t.si.ÄAm mi.øA/ pA.nEh]Mak Teh menjerit-jerit di dapur kerana tersiram minyak panas.
molaho[m.lA.h]kata adjektifterlalu pedas.Dek tolobeh ladoe molaho podehe.[de/ t.l.bEh lA.d.E m.lA.h p.deh.E]Kerana terlebih cilinya terlalu pedas rasanya.
rapah[ÄA.pAh]kata kerjarempuh.Dek tak tau jalane, rapah yo la rimbo tu.[de/ tA/ tAu: dZA.lAn.E ÄA.pAh j lA Äim.b tu]Kerana tidak tahu jalannya, rempuh sajalah hutan itu.
lumuih[lu.muih]kata kerjabasah kuyup, selekeh.Budak ni lumuih badane dek ujan.[bu.dA/ ni lu.muih bA.dAn.E de/ u.dZAn]Budak ini basah kuyup badannya, kerana hujan.
togolecok[t.g.lE.tS/]kata kerjatergeliat.Kakie togolecok dek maen galah panjang.[kA.ki.E t.g.lE.tS/ dE/ mAEn gA.lAh pAn.dZAN]Kakinya tergeliat kerana main galah panjang.
tokolelong[t.k.lE.lN]kata kerjamenjerit, terpekik.Adek tokelolong dek minum ae angek.[A.dE/ t.k.lE.lN de/ mi.num AE A.NE/]Adik menjerit kerana minum air panas.
bolunu[b.lu.nu]kata kerjaberlumut.Bilik ae bolunu, dek lamo tak bogosok.[bi.lE/ AE b.lu.nu dE/ lA.m tA/ b.g.s/]Bilik airnya berlumut kerana sudah lama tidak disental.
locot[l.tSt]kata kerja1. melepuh, hangus terbakar (pada tubuh badan).Tangane locot dek tokono ae monggologak.[tA.NAn.E l.tSt de/ t.k.n AE mN.g.l.gA/]Tangannya melepuh kerana terkena air menggelegak.
jolinang[dZ.li.nAN]kata adjektifberkenaan laut atau gulai yang berminyak di permukaan air; bojolinang.Dek tolampau banyak santan, kuahe jolinang minyake.[dE/ t.lAm.pAw bA.øA/ sAn.tAn ku.wAh.E dZ.li.nAN mi.øA/.e]Kerana terlampau banyak santan, kuah gulai itu menjadi terlalu banyak minyaknya.
panjut[pAn.dZut]kata kerjamengubati tempat atau kesan terpijak paku berkarat dengan meletakkan belerang pada tempat atau kesan tersebut.Mongilangkan biso kono paku bokarek guno panjut.[m.Ni.lAN.kAn bi.s k.n pA.ku b.kA.ÄAt gu.n pAn.dZut]Menghilangkan bisa kerana kena paku berkarat
123456

Kembali ke atas