Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuat] | قوات

Definisi : 1. banyak tenaganya (dayanya), tidak lemah, bertenaga, berdaya, tegap: walaupun ia sudah tua badannya masih ~; orangnya muda lagi ~; ubat ~ ubat utk menambah tenaga badan; 2. tidak mudah roboh (rosak, patah, putus, dsb), tahan (tidak rapuh dsb), kukuh, teguh: meja ini ~ buatannya; jahitlah dgn benang yg ~ sedikit; mendapat kedudukan yg ~; 3. tidak mudah kalah (tumpas, tewas, dsb), kukuh: angkatan tentera yg ~; barisan pertahanan yg ~; 4. tidak mudah berubah (hati, pendirian, dsb), tetap berpegang (pd kepercayaan, keimanan, adat, dsb), teguh: mereka masih ~ kpd adat lama; imannya ~; 5. keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll): ibunya sedang sakit ~ di kampung; suaranya semakin ~; bekerja ~ bekerja keras (sungguh-sungguh); angin ~ angin kencang; diikatnya ~-~ diikatnya erat­-erat; 6. mampu (boleh) atau sanggup membuat sesuatu: ia tidak ~ menaiki tangga setinggi itu; budak-budak pun ~ berjalan sejauh itu; 7. suka makan (minum dll) banyak-banyak: ~ makan (minum); ~ belajar; ~ berhutang; 8. mempunyai kelebihan atau kecekapan dlm sesuatu pengetahuan: ia ~ dlm ilmu kira-kira; 9. = kekuatan tenaga, daya: ~ tarikan bumi; ~ tekanan udara; ~ gajah terdorong, ~ harimau terlompat-lompat prb perihal orang besar (mulia) ygmembuat kesalahan; ~ ketam kerana sepit, ~ burung kerana sayap, ~ ikan kerana radai prb a) berasa kuat (berkuasa) kerana ada kele­bihan padanya; b) tiap-tiap orang sedikit sebanyak ada kuasanya; sekuat 1. sama kuat dgn (dlm pelbagai erti): Ali tidak ~ abangnya; barisan pertahanan pasukan ini tidak ~ tahun lalu; 2. = sekuat­-kuat seboleh-boleh, sepenuh daya (tenaga): perempuan itu berteriak ~ hatinya; dia bekerja dgn ~ tenaganya; berkuat berkeras hati dan bersungguh-sungguh, bertekun (bekerja, berusaha, dsb), bertahan (menghadapi atau menanggung kesulitan, dll): ibunyalah yg ~ benar menyuruh ia pergi; tiap hari dia ~ utk mencapai cita-citanya; ~ tulang bekerja bersungguh-sungguh; berkuat-kuatan beradu tenaga, berlawan kekuatan: marilah kita ~ mengangkat batu ini, barang siapa tiada terangkat alahlah ia; menguati melakukan dgn kekerasan, ber­tindak keras kpd, memaksa: dikuati sahaja kalau tidak mahu menurut; menguatkan 1. menjadikan kuat (tegap, kukuh, dll): ~ badan; ~ ikatan; ~ pelukan; 2. meneguhkan (kepercayaan, sangkaan, pen­dapat, dll): kata-katanya tadi ~ kepercayaan Aini tentang kejujurannya; ~ hati; ~ iman; ~ semangat; 3. mengeraskan atau meng­hebatkan (bunyi, tekanan, dll): dlm suasana yg riuh-rendah itu ia terpaksa ~ suaranya; memperkuat menjadikan lebih kuat, mem­perkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru; kekuatan 1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasa­an, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman; penguatan perihal (perbuatan, usaha) me­nguati atau menguatkan; penguat sesuatu yg menguatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuat] | قوات

Definisi : ; kayu ~ = kuat-kuat sj tumbuhan (pokok), (asam) riang-riang, kayu bangka, keriang, sesudu paya, yang-yang, Archytaea vahlii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuat] | قوات

Definisi : 1 bertenaga utk membuat kerja dll; tegap tubuh badannya; gagah: Badannya sihat lagi ~. Mana yg lebih ~, singa atau harimau? 2 hebat (bkn tiupan angin dll); kencang; nyaring (bkn bunyi suara dll); tenat (bkn penyakit dll); teruk: Angin bertiup dgn ~nya. Suaranya semakin ~. Emaknya sakit ~. 3 tidak mudah rosak; tidak mudah putus atau tidak mudah pecah (bkn tali dll): kukuh; teguh; tahan: Baju ini ~ jahitannya. Tali itu ~, sukar utk memutuskannya. 4 ki tidak mudah berubah hati (pendirian dll); teguh (iman dll): Jika imanku tidak ~, sudah pasti aku menurut kemahuan mereka. 5 suka melakukan sesuatu (yg biasanya tidak baik) dgn banyak: ~ makan; ~ minum arak; ~ berjudi. berkuat bersungguh-sungguh; berkeras hati: ~ benar dia hendak melanjutkan pelajarannya ke luar negara. menguatkan 1 membuat sesuatu supaya menjadi kuat (teguh dll): Utk ~ badan, makanlah ubat ini. 2 mengeraskan bunyi (suara dll): Kerana anaknya masih berdegil, dia telah ~ suaranya. memperkuat menjadikan lebih kuat: Dia ~ ikatan pd berkas kayu itu sebelum mengangkatnya. kekuatan 1 tenaga; daya: Umurnya beransur tua dan ~nya pun makin berkurang. 2 keadaan kuat; keteguhan; kekukuhan: Kita hendaknya janganlah mengecil-ngecilkan ~ pihak musuh. penguatan perbuatan atau hal menguatkan. penguat orang atau sesuatu yg menguatkan. sekuat 1 sama kuatnya dgn: Kassim tidak ~ abangnya. 2 = sekuat-kuat dgn sedaya upaya; dgn sepenuh tenaga: Budak itu menjerit ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,

Puisi
 

Kuat ribut malam tadi,
     Sapu tangan jatuh ke laman;
Hajat abang datang ke mari,
     Hendak tidur berbantal lengan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kuat burung kerana sayap;
     kuat ikan kerana radai.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
puga[pu.gA]kata kerjasental.Puga lantai tu kuek-kuek dengan beruh dawai baru boroseh.[pu.gA lAn.tAj tu ku.wE/.ku.wE/ d.NAn b«.Äuh dA.wAj bA.Äu b.č.seh]Sental lantai itu kuat-kuat dengan berus dawai, baru bersih.
piuh[pi.juh]kata kerjamemerah kain.Kaen tu dah lapok, bilo basuh jangan piuh kuek-kuek, kang kok kuyak.[kAEn tu dAh lA.po/ bi.l bA.soh dZA.NAn pi.juh ku.wE/.ku.wE/ kAN k/ ku.jA/]Kain itu sudah lapuk, bila dicuci jangan perah kuat-kuat, nanti koyak.
moncolinak[mn.tS.li.nA/]kata adjektifberkenaan bau yang terlalu kuat.Ikan pokasam tu, moncolinak baue sampai ko sorambi.[i.kAn p.kA.sAm tu mn.tS.li.nA/ bAu:.E sAm.pAj k s.ÄAm.bi]Ikan pekasam itu terlalu kuat baunya sampai ke serambi.
colonga[tS.l.NA]kata adjektifberkenaan buah yang berbau kuat.Kok lalu kek situ colonga boto bau dian, tapi cari tak jumpo.[ko/ lA.lu kE/ si.tu tS.l.NA b.t bAu: di.jAn tA.pi tSA.Äi tA/ dZum.p]Kalau lalu di situ, kuat bau durian tapi dicari tidak berjumpa.
erau[E.ÄAw]kata kerjamenangis dengan kuat, meraung.Baru siket den jontik dah erau.[bA.Äu si.ket dEn dZn.ti/ dAh E.ÄAw]Baru sedikit saya jentik sudah meraung.
langseng[lAN.seN]kata adjektifberkenaan bunyi yang halus kuat, nyaring.Yang bobunyi langseng, polosit lah tu.[jAN b.bu.øi lAN.seN p.l.sit lAh tu]Yang berbunyi nyaring, itulah pelesit.
topolengong[t.p.lE.NN]kata kerjaterpusing biasanya kepala.Kuek boto ponampae, inggoan topolengong den dibuweke.[ku.wE/ b.t p.nAm.pA.E iN.g.An t.p.lE.NN dEn di.bu.wE/.E]Kuat betul penamparnya hingga terpusing kepala aku dibuatnya.
tungka[tuN.kA]kata kerja1. tumbang.Dek tolampau kuek ribut malam tadie, pokok dian dopan rumah tu tungka.[dE/ t.lAm.pAw ku.wE/ Äi.but mA.lAm tA.di.E p.k/ di.jAn d.pAn Äu.mAh tu tuN.kA]Kerana terlampau kuat ribut malam tadinya, pokok durian depan rumah itu, tumbang.
coneteng[tS.nE.tEN]kata adjektiftipu helah dalam permainan, pertandingan dan lain-lain; ceneke.Maen dengan dio bojago-jago siket, dio bukan maen kuek conetenge.[mAEn d.NAn di.j b.dZA.g.dZA.g si.kE/ di.j bu.kAn mAEn ku.wE/ tSE.nE.kE.E]Jikalau bermain dengan dia, berjaga-jaga, kerana dia kuat menipu.
ceneke[tSE.nE.kE]kata kerjatipu helah dalam permainan, pertandingan dan lain-lain; coneteng.Maen dengan dio bojago-jago siket, dio bukan maen kuek cenekee.[mAEn d.NAn di.j b.dZA.g.dZA.g si.kE/ di.j bu.kAn mAEn ku.wE/ tSE.nE.kE.E]Jikalau bermain dengan dia, berjaga-jaga, kerana dia kuat menipu.
12

Kembali ke atas