Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : warna spt warna kunyit (tembaga dll); demam (sakit) ~ penyakit berjangkit yg menyebabkan tubuh berwarna kuning; nasi ~ nasi kunyit (kuning warnanya); sirih ~ a) daun sirih yg kuning warnanya; b) ki gadis yg elok; ~ air kuning yg keputih-putihan; ~ gading = putih ~ kuning keputih-putihan spt warna gading; ~ langsat putih kuning (tidak putih sangat, bkn kulit dll); ~ pinang masak kuning kemerah-merahan; ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya; ~ tua kuning gelap (lwn kuning muda); ~ oleh kunyit, hitam oleh arang prb mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian; menguning 1. menjadi kuning, berwarna kuning; 2. mulai masak (padi): padinya sedang ~ menantikan masa utk dituai; kuningan tembaga kuning; kekuningan 1. keadaan kuning; 2. sl barang­barang berwarna kuning (spt payung dll) tanda kebesaran raja atau orang bangsa­wan: maka Laksamana mengarak ~, ertinya lampin dan tilam, beras, dan baju bajang, dan pawai burung-burung dibubuh di hujung galah; kekuning-kuningan berwarna agak kuning: tanah liat yg berwarna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), akar cina, akar kunyit-kunyit, Limacia oblongata; bunga akar ~ sj tumbuhan (pokok), akar cempaka kuning, cempaka hutan, Allamanda cathartica; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), antat, kenanga hutan, lidah-lidah, melidah, pacal kuning, Alangium ebenaceum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung siam, Pycnonotus a. atriceps. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : warna spt warna isi kunyit (tembaga dll). ~ air kuning yg keputih-putihan. ~ gading kuning keputih-putihan spt warna gading. ~ langsat putih kuning (terutamanya bkn kulit manusia). ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya. menguning 1 berwarna kuning; menjadi kuning. 2 sedang masak (bkn padi): Padinya sedang ~. kuningan tembaga kuning; loyang. kekuningan keadaan kuning. kekuning-kuningan agak kuning warnanya; seakan-akan kuning: tanah liat yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuning

Puisi
 

Sirih kuning gagang layu,
     Hentam panas sembilan bulan;
Sirih kuning hajat aku,
     Hendak bertemu dengan tuan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuning oleh kunyit,
     hitam oleh arang.

Bermaksud :

Mudah dihasut atau dipujuk. (Bandingkan dengan: Tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
nasek somoret[nA.sE/ s.m.ÄEt] nasi pulut yang dihiasi dengan bunga telur, pulut kuning yang diletakkan pada pahar dan dipacakkan bunga telur.Lotakan nasek somoret tu dopan polamen.[l.tA/ An nA.sE/ s.m.Äet tu d.pAn p.lA.men]Letakkan nasi somoret itu di hadapan pelamin.
panco[pAn.tSo]kata namabekas berisi pulut kuning dan bunga telur, biasanya bersaiz besar.Datok ompek monganta sopanco bosa ko rumah Datok Dagang.[dA.t/ om.pE/ m.NAn.tA s.pAn.tSo b.sA k Äu.mAh dA.t/ dA.gAN]Datuk Empat menghantar sepanco besar ke rumah Datuk Dagang.

Kembali ke atas