Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.buh] | لابوه

Definisi : 1. turun atau tergantung ke bawah (bkn kelambu, sauh, tirai, dll): kainnya ~ hingga menyapu lantai; tauke yg berperut ~ itu duduk menyandar di kerusi malas; 2. panjang ke bawah atau lebih panjang ke bawah drpd yg biasanya atau seharusnya: pakaian ~ spt jubah dan gaun panjang; kebaya ~; dia memakai seluar yg ~ dan longgar; 3. penjodoh bilangan utk tirai: tirai se~; berlabuh 1. tergantung atau panjang ke bawah (bkn tirai, kelambu, dll); 2. berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu, dll): setelah kapal itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pd orang kapal itu; melabuh 1. menurunkan sauh (kapal dll): masa belayar kematian angin, sudah dilabuh bayu berpuput; 2. Mn beranak (bkn kerbau, lembu); melabuhkan 1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll); ~ orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan); pelabuhan tempat kapal berlabuh, persinggahan kapal, pangkalan kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~ Brunei; ~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok; ~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~ udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.buh] | لابوه

Definisi : Kd memukul dgn tangan, tabuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.buh] | لابوه

Definisi : panjang ke bawah; lw singkat: Dia terpaksa melipat lengan bajunya kerana terlalu ~. berlabuh 1 tergantung ke bawah (bkn kelambu, tirai dsb): Tirai ~. 2 berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu dsb): Kerana angin kencang, kapal itu terpaksa ~ di sebuah pulau. melabuhkan 1 membiarkan supaya labuh (bkn tirai, kelambu, lengan baju, kain dll); menurunkan: Ia ~ gaunnya hingga menutupi lutut. 2 menjatuhkan sauh supaya berhenti (bkn kapal, perahu dsb). pelabuhan tempat kapal berlabuh atau singgah; pangkalan kapal. ~ bebas pelabuhan yg tidak mengenakan cukai atas barang-barang yg keluar masuk. ~ entrepot pelabuhan yg menjadi pusat perdagangan utk import, eksport, pengumpulan dan pengagihan barang-barang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labuh (adjektif)
Kata Terbitan : berlabuh, melabuhkan, pelabuhan,
Rujuk :panjang

Puisi
 

Burung puyuh meniti di batang,
     Batang manggis condong ke paya;
Kebaya labuh bersanggul lintang,
     Senyum manis di pagi raya.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
mereban II[m«.ÄE.bAn]kata adjektifberkenaan pakaian yang labuh.Jubah dio mereban, susah dio nak jalan.[dZu.bAh di.j m«.ÄE.bAn su.sAh di nA/ dZA.lAn]Jubah dia labuh sangat, susah dia hendak jalan.
molense[m.lEn.sE]kata adjektifberkenaan pakaian yang terlalu labuh.Topi kaen tu koto sobab dibiaan molense kek tanah.[t.pi kAEn tu ko.to s.bAb di.bi.jA.An m.lEn.sE kE/ tA.nAh]Tepi kain itu kotor kerana dibiarkan kena tanah.

Kembali ke atas