Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lama;

Puisi
 

Rama-rama terbang berderai,
     Patah galah dalam perahu;
Lama-lama baru bercerai,
     Perintah Allah mana tahu.


Lihat selanjutnya...(143)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(49)

13

A bad workman always quarrels with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always quarrels with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
jigat[dZi.gAt]kata adjektifkental, keras.Kok dikacau lamo-lamo, jigatlah ponganan tu.[k/ di.kA.SAw lA.m lA.m dZi.gAt.lAh p.NA.nAn]Kalau dikacau lama-lama keraslah dodol itu.
bolantok[b.lAn.to/]kata adjektif1. berkenaan pakaian atau cecair yang terbiar lama.Jangan biakan baju bolantok kek pigi tu.[dZA.NAn bi.jA.kAn bA.dZu b.lAn.to/ kE/ pi.gi tu]Jangan biarkan baju terbiar lama di tepi perigi itu.
monggugu[mN.gu.gu]kata kerjamenangis teresak-esak terlalu lama.Apo yang kau monangih monggugu tu, tunang kau lari ko.[A.p jAN kAw m.nA.Nih mN.gu.gu tu tu.nAN kAw lA.Äi k]Apa yang kau menangis terlalu lama itu, tunang kau larikah?
jonak[dZ.nA/]kata kerja1. tegak, ligat.Gaseng yang jonak tu lamo pusinge.[gA.seN jAN dZ.nA/ tu lA.m pu.siN.E]Gasing yang ligat itu lama pusingnya.
bolunu[b.lu.nu]kata kerjaberlumut.Bilik ae bolunu, dek lamo tak bogosok.[bi.lE/ AE b.lu.nu dE/ lA.m tA/ b.g.s/]Bilik airnya berlumut kerana sudah lama tidak disental.
tonggong[tN.gN]kata adjektifberkenaan bentuk badan manusia yang besar serta tinggi.Lamo tak jumpo, dah tonggong rupoe kau ni jang.[lA.m tA/ dZum.p dAh tN.gN Äu.p.E kAw ni jAN]Lama tidak berjumpa, sudah besar panjang rupanya engkau.
mongumbai[m.Num.bAj]kata kerjabuang air besar dalam waktu yang lama.Dari tadi dio mongumbai dalam jamban tu dek saket porut makan potai.[dA.Äi tA.di di.j m.Num.bAj dA.lAm dZAm.bAn tu de/ sA.ket p.Äut mA.kAn p.tAj]Dari tadi dia buang air besar terlalu lama dalam jamban itu, kerana sakit perut makan petai.
hongap[h.NAp]kata namanafas.Hongape maken pendek tak lamo lai umoe doh.[h.NAp.E mA.kEn pEn.dE/ tA/ lA.m lAi: u.mo.E dh]Nafasnya makin pendek, sudah tidak lama lagi umurnya.
lonjan[ln.dZAn]kata adjektif1. sakit.Betih den dah lonjan dek tolompau lamo bojalan.[b«.tih dEn dAh ln.dZAn dE/ t.lAm.pAw lA.m b.dZA.lAn]Betis saya sudah sakit kerana terlampau lama berjalan.
daweh[dA.wEh]kata adjektifhambar, berubah rasa.Ikan ni dah lamo borondam agake, daweh dah rasoe.[i.kAn ni dAh lA.m b.čn.dAm A.gA/.E dA.wEh dAh ÄA.s.E]Ikan ini sudah lama berendam agaknya. Hambar sahaja rasanya.
12

Kembali ke atas