[lé.hér] | ليهير
Definisi : (léhér) 1. bahagian tubuh yg menghubungkan kepala dgn badan: Shahrin memanjangkan ~nya dan melihat keluar; bertegang ~ berkeras benar memperkatakan sesuatu, bertengkar; 2. sesuatu yg menyerupai (yg lekat pd) leher; ~ baju bahagian baju yg mengelilingi leher; ~ botol bahagian botol (yg sempit) dekat mulutnya; tali ~ kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi; berleher 1. mempunyai leher (bkn manusia, binatang): zirafah ~ panjang; 2. mempunyai leher (bkn baju dsb): kemeja-T ~ bulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lé.hér] | ليهير
Definisi : /léhér/ 1 bahagian tubuh di antara kepala dgn badan (terutamanya sebelah depan): bertegang ~ berkeras benar mengatakan sesuatu; bertengkar. 2 sesuatu yg bentuknya spt leher 1 atau yg dipasangkan pd leher 1. ~ baju bahagian baju yg di keliling leher. ~ botol bahagian botol yg kecil dekat dgn mulutnya. berleher 1 mempunyai leher (bkn manusia, binatang): Angsa ~ panjang. 2 mempunyai leher (bkn baju dsb): Baju Melayu ~ teluk belanga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)