Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mang] | لمڠ

Definisi : sj makanan (drpd pulut dan santan) yg dibakar dlm buluh; bersandar di ~ hangat prb berlindung kpd orang yg zalim akan binasalah akhirnya; memakan hendak ~ , membeli hendak pelo prb inginkan barang yg elok tetapi enggan membayar harga yg sepatutnya; menyandang ~ hangat orang prb menanggung akibat perbuatan orang lain; melemang membakar lemang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mang] | لمڠ

Definisi : makanan yg dibuat drpd beras pulut dan santan dan dibakar di dlm buluh. melemang membakar atau membuat lemang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lemang

Peribahasa

Bersandar di lemang hangat.

Bermaksud :

Berlindung kepada orang yang zalim, binasalah akhirnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
langgai[lAN.gAj]kata namakayu palang tempat menyandarkan buluh lemang ketika dibakar.Tolong buekan langgaian lomang kek bolakang rumah tu, lomange dah siap nak baka.[t.lN bu.wE/.An lAN.gAj.An l.mAN kE/ b.lA.kAN Äu.mAh tu l.mAN.E dAh siAp nA/ bA.kA]Tolong buatkan langgaian lemang di belakang rumah itu, lemangnya sudah siap hendak bakar.

Kembali ke atas