Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ka] | لوک

Definisi : 1. belah (cedera, lecet, pecah) pd kulit sebab kena potong, kena tembak, dll: ~nya sangat dalam; ~ parah luka yg sangat besar, luka yg sangat berbahaya; 2. mengalami cedera (pecah, lecet pd kulit) sebab kena potong, kena tembak, dll: tangannya ~ kena kaca; 3. ki sakit, pedih (perasaan) kerana kecewa: hatinya ~; ~ bakar Id luka sebab kena api; ~ hatinya = hatinya ~ ki sakit hatinya; ~ sudah hilang parutnya tinggal juga prb sungguhpun orang yg berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut tidak akan spt keadaan sediakala; lain ~ lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh prb orang lain yg membuat salah, orang lain yg berasa (susah dll); siapa ~ siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh prb orang yg berasa ter­sindir, dialah yg membuat sesuatu yg disindir­kan itu; takkan serik ~ dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga prb kesukaran dlm sesuatu pekerjaan tidak akan menghalangi seseorang mengerjakannya utk mencari nafkah; berlukaan sl mendapat luka-luka: kedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ber­tikam tombak, seorang pun tiada ~; berluka-lukaan sl saling mendatangkan luka (pd lawannya dll): maka Bugis melawanlah lalu bertikam ~; melukai 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; ~ hati menyakiti hati; kelukaan kedukaan kerana kecewa: kau begitu teguh menghadapi ~ dlm menjalani kehidupan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ka] | لوک

Definisi : 1 belah atau pecah pd kulit disebabkan oleh benda yg tajam (pisau dll): ~ parah luka yg sangat besar atau dalam. 2 mengalami cedera pecah atau belah pd kulit kerana kena benda tajam: Kakinya ~ ditusuk duri. ~ hati a. sakit hati atau tidak puas hati. b. kecewa atau sesal yg amat sangat. melukai 1 menyebabkan sesuatu jadi luka; mendatangkan luka pd: Pisau yg dibalingkan oleh musuh itu ~ kakinya. 2 menyakiti (hati): Kata-kata yg pedas itu ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata luka

Puisi
 

Kati-kati dalam perahu,
     Anak punai merah matanya;
Luka hati siapakan tahu,
     Luka tangan tampak darahnya.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tojorahak[t.dZ.ÄA.hA/]kata tugastertiarap, tersembam.Dio jatoh tojorahak dari moto sampai mengeluko mukoe.[di.j dZA.toh t.dZ.ÄA.hA/ dA.Äi m.t sAm.pAj m.N.lu.k mu.k.E]Dia jatuh tertiarap dari motosikal sampai luka-luka mukanya.
mongoluko[m.N.lu.ko]kata kerjatersiat, luka.Bilo jatuh basika mongoluko lutute kono batu.[bi.l dZA.toh bA.si.kA m.N.lu.ko lu.tut.E ko.n bA.tu]Bila jatuh basikal, luka lututnya kena batu.
toborongau[t.b.č.NAw ]kata adjektifberkenaan luka yang dalam keadaan parah disebabkan benda yang tajam.Toborongau luko budak tu, kono parang, nampak tulange.[t.b.č.NAw lu.k bu.dA/ tu k.n pA.ÄAN sAm.pAj nAm.pA/ tu.lAN.E]Toborongau luka budak itu, kena parang, sampai nampak tulangnya.
mololeh[m.l.lEh]kata kerjamelecet, luka, merah pada paha.Mololeh poha budak kocik tu dek lamo bona tak tangga lampene.[m.l.lEh p.h bu.dA/ k.tSi/ tu dE/ lA.m b.nA tA/ tAN.gA lAm.pen.E]Melecet paha budak kecil itu kerana lama benar tidak diganti lampinnya.
botompoda[b.tm.p.dA]kata kerjamelakukan sesuatu dengan tidak berfikir.Botompoda la siket, bilo nak boda budak, nanti kok luko, kito yo yang susah.[b.tm.p.dA lA si.kEt bi.l nA/ b.dA bu.dA/ nAn.ti ko/ lu.k ki.t j jAN su.sAh]Berhati-hati sedikit apabila hendak memukul budak, jika luka kita jugak yang susah.

Kembali ke atas