Definisi : 1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi se-nyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar; ~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~, di dlm bagai hem-pedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 = air ~ air manis yg terdapat dlm bunga atau dlm sarang lebah; manisan. 2 ki manis serta menarik sekali: senyum ~ senyum yg manis sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)