Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
momburan[mm.bu.ÄAn]kata kerjabuang air besar.Dio pantang nengok jamban, mulolah nak momburan.[di.j pAn.tAN nE.N/ dZAm.bAn mu.l.lAh nA/ mm.bu.ÄAn]Dia tidak boleh melihat tandas, mulalah hendak buang air besar.
tocengkong[t.tSEN.kN]kata adjektifduduk bertinggung di dahan, batang kayu dan lain-lain.Dio tocengkong ateh tembok menengok orang lalu.[di.j t.tSEN.kN A.tEh tEm.b/ m.nE.N/ .ÄAN lA.lu]Dia duduk mencangkung di situ melihat orang lalu.
botontam[b.tn.tAm]kata adjektifberpusu-pusu.Kek muko pintu tu, orang botontam nak nengok penganten.[kE/ mu.k pin.tu tu .ÄAN b.tn.tAm nA/ nE.N/ p«.NAn.ten]Di depan pintu itu, orang berpusu-pusu hendak melihat pengantin.
ongap[.NAp]kata namanafas.Maso uwan saket kuwek, eden nengok, ongape laju, turun naek kek dadoe.[mA.s u.wAn sA.ket ku.wE/ E.dEn nE.N/ .NAp.E lA.dZu tu.Äun nAe/ kE/ dA.d.E]Masa nenek sakit tenat, saya melihat nafasnya laju, turun naik di dadanya.

Kembali ke atas