Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.no.po.li] | مونوڤولي

Definisi : 1. penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dsb dlm pasaran tertentu oleh seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma: ~ asing dlm perdagangan telah dapat dipatahkan oleh ahli-ahli perniagaan anak negeri; 2. pemikiran atau penguasaan sesuatu yg tidak boleh dikongsi dgn orang atau pihak lain: Islam bukan ~ orang Arab; memonopoli 1. menguasai sesuatu (perda­gangan, perkhidmatan, dsb) dgn bebas tanpa menghadapi saingan: Portugis dan Belanda datang ke alam Melayu ini bertujuan utk ~ perdagangan; 2. mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dll) se­penuhnya; pemonopolian perbuatan (proses) memono­poli; pemonopoli orang atau pihak yg memono­poli sesuatu (perniagaan, perkhidmatan dsb): undang-undang ini bertujuan mengelakkan ~ drpd mengaut keuntungan yg berlebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.no.po.li] | مونوڤولي

Definisi : 1 hak berdagang sendiri dan orang lain dilarang ikut serta: Perusahaan petroleum menjadi ~ kerajaan di beberapa buah negara. 2 sesuatu yg dipunyai oleh seorang atau segolongan saja. memonopoli mempunyai kuasa atau hak berdagang yg bebas drpd sebarang saingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monopoli


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
okap[.kAp]kata adjektiftamak, monopoli.Okap bona budak ini, sumoe nak diambek.[.kAp b.nA bu.dA/ ni su.m.E nA/ di.Am.be/]Tamak betul budak ini, semua hendak diambilnya.

Kembali ke atas