Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bukannya bersuluh batang pisang,
     bersuluh bulan matahari.

Bermaksud :

Kebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang-orang biasa, tetapi juga oleh orang-orang yang berkuasa.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
lukuih I[lu.kuih]kata kerjabertungkus lumus.Orang-orang ponanggah lukuih bokojo kek dapo sobab totamue ramai.[.ÄAN..ÄAN p.nAN.gAh lu.kuih b.k.dZ kE/ dA.po s.bAb t.tA.mu.E ÄA.mAj]Orang-orang penanggah bertungkus lumus bekerja di dapur kerana tetamunya ramai.
diulumbai[di.u.lum.bAj]kata kerjadihasut.Dio tu, tak boleh nengok orang sonang, diulumbainyo orang tu, hinggo pocah bolah.[di.j tu tA/ b.leh nE.N/ .ÄAN s.nAN di.u.lum.bAj.ø .ÄAN tu hiN.g p.tSAh b.lAh]Dia itu, tidak boleh menengok orang senang, dihasutnya orang itu, hingga pecah belah.
lepoh-lepah[lE.ph.lE.pAh]kata adjektifpenat.Dah lepoh-lepah rasoe menolong kek orang di panonggahan orang kawen tu.[dAh lE.ph lE.pAh ÄA.s.E m.n.lN kE/ .ÄAN di.pA.nN.gA.hAn .ÄAN kA.wEn tu]Sudah penat rasanya menolong di tempat penanggah orang kawin itu.
sorau[s.ÄAw]kata namasial.Budak puan ni ado soraue, orang ndak, dio tak ndak, dio ndak orang tak ndak. Nak baek, mandian ni bungo tujoh tolago.[bu.dA/ pu.wAn ni A.d s.ÄAw.E .ÄAN ndA/ di.j tA/ ndA/ di.j ndA/ .ÄAN tA/ ndA/ nA/ bAe/ mAn.di.jAn ni bu.N tu.dZh t.lA.g]Budak perempuan ini ada sialnya, orang hendak, dia tidak hendak, dia hendak, orang tidak hendak. Hendak baik, mandikan dia bunga tujuh telaga.
orang somondo[.ÄAN s.mn.d] pengantin lelaki.Orang somondo ni, kok corodek toman borunding, kok bodo disuroh arah.[.ÄAN s.mn.d ni k/ tS.č.de/ t.mAn b.Äun.deN k/ b.d di.su.čh A.ÄAh]Pengantin lelaki ini kalau cerdik teman berunding, kalau bodoh, disuruh buat kerja.
giung[gi.juN]kata kerjamenyampuk (percakapan orang lain).Budak-budak jangan giung, bilo orang tuo sodang bocakap.[bu.dA/.bu.dA/ dZA.NAn giuN bi.l .ÄAN tu.w b.tSA.kAp]Budak-budak jangan menyampuk, bila orang tua bercakap.
sonot[s.nt]kata adjektifberkenaan kepala kura-kura yang terperosok ke dalam.Orang tu gomok bona lehee sonat yo.[.ÄAN tu g.m/ b.nA lEhE.E s.nAtò j]Orang itu gemuk sangat lehernya terperosok ke dalam.
colek[tS.lE/]kata kerjausik.Orang tuwo tu pantang kono colek molatah deh.[.ÄAN tu.w tu pAn.tAN k.n tS.lE/ m.lA.tAh dEh]Orang tua itu pantang kena usik melatahlah.
moronyok[m.č.ø/]kata adjektifmerajuk.Orang tuo kok moronyok romane burok bona.[.ÄAN tu.w k/ m.č.ø/ č.mAn.E bu.Äo/ b.nA]Orang tua kalau merajuk mukanya buruk sangat.
cokau[tS.kAw]kata kerjatangkap.Ompek orang kono cokau dek poleh malam tadi.[m.pE/ .ÄAN k.n tS.kAw dE/ p.lEh mA.lAm tA.di]Empat orang kena tangkap polis malam tadi.
1234567

Kembali ke atas