malek | [mA.lE/] | kata kerja | menyangkul kali kedua, membenamkan lunggukan rumput yang dicangkul dalam pusingan pertama ke dalam lumpur sawah. | Kau buek sawah dah malek ko Mak Jah? | [kAw bu.wE/ sA.wAh dAh mA.lE/ k mA/ dZAh] | Kau buat sawah sudah malek ke Mak Jah? |
bokolelong | [b.k.le.lN] | kata kerja | 2. menjerit-jerit kerana terlalu sakit; kolintau. | Mak Teh bokolelong kek dapo sobab tesiram minyak paneh. | [mA/ tEh b.k.lE.lN kE/ dA.po s.bAb t.si.ÄAm mi.øA/ pA.nEh] | Mak Teh menjerit-jerit di dapur kerana tersiram minyak panas. |
morumah | [m.Äu.mAh] | kata kerja | mencuri masuk secara rahsia ke dalam bilik gadis oleh lelaki yang bukan mahramnya dengan persetujuan dan bantuan pihak gadis berkenaan pada waktu tengah malam. | Dek mak ayahe tak suko kek Bidin, Bidin morumah kek Milah. | [dE/ mA/ A.jAh.E tA/ su.k kE/ bi.din bi.din m.Äu.mAh kE/mi.lAh] | Disebabkan emak ayahnya tidak suka akan Bidin, Bidin mencuri masuk bilik Milah. |