Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.nas.pa.nas] | ڤانس٢

Definisi : masih baharu, hangat-hangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.nas.pa.nas] | ڤانس٢

Definisi : masih panas; masih baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,

Puisi
 

Panas terik hangat sangat,
     Saya nak mandi Kuala Perlis;
Tengok adik jinak sangat,
     Rasa-rasa bagai nak boleh.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.

Bermaksud :

Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari).

 

Lihat selanjutnya...(41)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
paneh gek ego[pA.nEh gE/.E.g] terlalu panas, panas terik.Paneh gek ego dah tigo bulan, pigi dah koreng, jimek ae tu siket.[pA.nEh gE/.E.g dAh ti.g bu.lAn pi.gi dAh k.ÄEN dZi.mE/ AE tu si.ket]Panas terik sudah tiga bulan, perigi sudah kering, jimat air itu sedikit.
egek-egek[E.gE/.E.gE/]kata adjektifpanas yang berlebihan.Jangan maen kek paneh egek-egek, kang kok domam.[dZA.NAn mAEn kE/ pA.nEh E.gE/.E.gE/ kAN ko/ d.mAm]Jangan main dalam cuaca yang amat panas, nanti demam.
morangkah[m.ÄAN.kAh]kata adjektifberkenaan badan manusia yang panas.Budak tu, badane morangkah, domam agake.[bu.dA/ tu bA.dAn.E m.ÄAN.kAh d.mAn A.gA/.E]Budak itu, badannya panas, demam agaknya.
ogik-ogik[.gi/..gi/]kata kerjaberkenaan cuaca yang terlampau atau teramat panas; ogek-ogek.Ari ni paneh ogik-ogik, agake ari nak ujan.[A.Äi ni pA.nEh .gi/..gi/ A.gA/.E A.Äi nA/ u.dZAn]Hari ini panas sangat, agaknya hari hendak hujan.
ogek-ogek[.gE/..gE/]kata adjektifberkenaan cuaca yang terlampau atau teramat panas; ogik-ogik.Ari ni paneh ogek-ogek, agake ari nak ujan.[A.Äi ni pA.nEh .gE/..gE/ A.gA/.E A.Äi nA/ u.dZAn]Hari ini panas sangat, agaknya hari hendak hujan.
doda[d.dA]kata adjektifpanas badan kerana kurang sihat, rasa hendak demam.Doda raso badan ekau ni jang, moh copek kito poi sopita.[d.dA ÄA.s bA.dAn E.kAw ni dZAN mh tS.pe/ ki.tpi s.pi.tA]Panas rasa badan kau ini jang, mari kita pergi hospital.
angka[AN.kA]kata adjektifberkenaan badan dalam keadaan panas kerana kurang sihat atau rasa hendak demam.Angka raso badan ekau ni jang, moh copek kito poi sopita.[AN.kA ÄA.s bA.dAn E.kAw ni dZAN mh tS.pe/ ki.t pi s.pi.tA]Panas rasa badan kau ini jang mari kita pergi hospital.
biring I[bi.ÄiN]kata namasejenis penyakit, kena sampuk.Badan budak tu paneh kono biring agake.[bA.dAn bu.dA/ tu pA.nEh k.n bi.ÄiN A.gA/.E]Badan budak itu panas, kena sampuk agaknya.
tokolelong[t.k.lE.lN]kata kerjamenjerit, terpekik.Adek tokelolong dek minum ae angek.[A.dE/ t.k.lE.lN de/ mi.num AE A.NE/]Adik menjerit kerana minum air panas.
monggoliten[mN.g.li.ten]kata adjektifkesakitan yang ditunjukkan secara tiba-tiba.Bilo topogang cerek paneh yo, tangane monggoliten.[bi.l t.p.gAN tSE.ÄE/ pA.nEh j tA.NAn.E mN.gi.li.ten]Bila terpegang cerek panas, mengelitin tangannya.
12

Kembali ke atas