Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.yah] | ڤايه

Definisi : 1. tidak mudah, tidak senang, sukar, susah: bukannya ~ benar membuat kerja itu; ~ basa Kl susah hendak memperkatakan (me­rundingkan, membincangkan) sesuatu; 2. berat atau teruk (penyakit): bapaku mendapat sakit ~ di Sungai Baharu; 3. (berasa) letih, lelah, lesu, penat: rupanya ia kepanasan dan ~ setelah mendayung basikalnya dgn cepat selama setengah jam; tak ~ tidak perlu, tidak usah: baginda jua mempunyai kuasa utk bertindak sendiri dgn tidak ~ mendengar nasihat sesiapa; berjerih ~ = bersusah ~ = berpayah-payah; berpayah-payah mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn berlelah-lelah atau memerah keringat, berpenat lelah: janganlah saudara ~ kerana saya; memayahkan menyebabkan payah, men­jadikan payah, menyusahkan, melelahkan: sekali itu dia berasa payah kembali dr rapat, padahal apalah yg akan ~ dlm rapat itu; memayah-mayahkan; ~ diri bekerja keras­-keras (dgn bersusah-payah), bekerja berat, berpayah-payah; memperpayah menjadikan lebih payah: bukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah; kepayahan 1. perihal payah, kesukaran, ke­susahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. men­derita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.yah] | ڤايه

Definisi : 1 tidak mudah dilakukan dll; susah: ~ hendak menyelesaikan masalah ini. 2 teruk atau berat (bkn penyakit): sakit ~. 3 berasa penat atau letih: Kalau sudah ~, bolehlah berhenti sebentar. berpayah-payah mengerjakan sesuatu dgn bersusah-susah; berpenat lelah: Tak usahlah mak cik ~ kerana saya. memayahkan menjadikan payah; menyusahkan. kepayahan hal atau keadaan payah; kesukaran; kesusahan: ~ penduduk kampung tsb berhubung dgn kawasan bandar telah mendapat perhatian drpd pihak kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
payah (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, sulit, berat, teruk, leceh, rumit, perih, kompleks, ruwet, masyakat, kelekik, rumpil;,
Kata Terbitan : berpayah-payah, memayahkan, memperpayah, kepayahan,

Puisi
 

Apa abang jahit baju,
     Jahit kain banyak lagi;
Tak payah abang kata begitu,
     Kata lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Tak payah basuh kaki tangan.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik basuh kaki saja).

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kobok II[k.b/]kata kerjamengambil sesuatu dalam bekas menggunakan tangan, celup, cekuh; kerobong.Tak payah bosonduk do, den kobok yo nasik dalam piyuk tu.[tA/ pA.jAh b.sn.du/ d dEn k.b/ j nA.se/ dA.lAm pi.ju/ tu]Tidak payah bersenduk, saya kerobong saja nasi dalam periuk itu.
kolokai[k.l.kAj]kata kerjacari dengan teliti.Kok tak kolokai lamari tu, payah nak jumpo.[ko/ tA/ k.l.kAj l.mA.Äi tu pA.jAh nA/ dZum.p]Kalau tidak cari dengan teliti dalam almari itu, payah hendak jumpa.
kerobong[k«.č.bN]kata kerjamengambil sesuatu dalam bekas menggunakan tangan, celup, cekuh; kobok.Tak payah bosonduk do, den kerobong yo nasik dalam piyuk tu.[tA/ pA.jAh b.sn.du/ d dEn k«.č.bN j nA.se/ dA.lAm pi.ju/ tu]Tidak payah bersenduk, saya kerobong saja nasi dalam periuk itu.
monjuju[mn.dZu.dZu]kata adjektifterlalu penuh.Dah monjuju ae anau dalam torangkek, payah nak bawak turon.[dAh mn.dZu.dZu AE A.nAw dA.lAm t.ÄAN.kE/ pA.jAh nA/ bA.wA/ tu.Äon]Sudah terlampau penuh air enau dalam terangkek, payah hendak dibawa turun.
morengkeh[m.ÄEN.kEh]kata kerjamengangkat sesuatu yang berat dengan susah payah.Tandan sawet tu bosa, morengkeh den bawake.[tAn.dAn sA.wit t b.sA m.ÄEN.kEh dEn bA.wA/.E]Tandan sawit itu besar, susah payah saya membawanya.
tuntung[tun.tuN]kata kerjamembalikkan atau menyendengkan.Kok payah bona nak ngeluaan duet dalam tabong tu tuntung ajolah.[k/ pA.jAh b.nA nA/ N«.luA.An du.wet dA.lAm tA.boN tu tun.tuN A.dZ.lAh]Jika susah sangat hendak mengeluarkan cuit dalam tabung itu balikkan sajalah.
congkot[tSN.kt]kata adjektifhitam atau hangus, rentung kerana dibakar atau digoreng.Mayat dalam rumah yang tobaka tu, payah nak kona, sobab dah congkot.[mA.jAt dA.lAm Äu.mAh jAN t.bA.kA.tu pA.jAh nA/ k.nA s.bAb dAh tSN.kt]Mayat di dalam rumah yang terbakar itu sukar hendak dikenali, sebab sudah hangus.
dahagi[dA.hA.gi]kata adjektifsusah, seksa, payah.Dahagi boto nak dapek balek utangeibilo mintak tak do yo duete.[dA.hA.gi b.t nA/ dA.pE/ bA.lE/ u.tAN.E tu bi.l min.tA/ tA/ d j du.wet.E]Susah betul hendak dapat balik hutangnya itu, bila minta tidak ada saja duitnya.

Kembali ke atas