Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nuh] | ڤنوه

Definisi : 1. seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang), pepak: tong itu ~ lagi berisi minyak; bas itu sudah ~; ~ sesak (padat, pepak, ruah, tumpat) sangat penuh; 2. banyak berisi (sesuatu), banyak mengandungi (sesuatu): kedai itu ~ dgn kain; 3. ki tidak kurang, cukup: kalau dia sudah sembuh, dia akan mendapat gaji ~; markah ~; sijil ~; 4. banyak (ramai) sekali: ~lah pasar itu dgn perempuan; ~ harapan dgn berharap sangat; ~ kesedaran dgn cukup sedar; ~ perasaan dgn seluruh perasaan (hati); ~ sarat penuh sekali; ~ semangat dgn bersemangat sekali; sepenuh secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya): diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian; memenuhi 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalan­kan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; memenuhkan menyebabkan sesuatu men­jadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; terpenuhi sudah dipenuhi, dapat dilaksanakan (diluluskan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nuh] | ڤنوه

Definisi : 1 sudah berisi seluruhnya; tidak ada yg terluang lagi: Tangkinya sudah ~. 2 banyak berisi sesuatu: Sakunya ~ dgn buah mata kucing. Orang ramai ~ sesak di stesen kereta api. 3 tidak dikurangkan apa-apa; lengkap: Tiap-tiap bulan, dia menerima gaji ~ sebanyak RM910.00. memenuhi 1 masuk atau dimasukkan ke dlm sesuatu sehingga penuh: Berita ttg peperangan di Vietnam ~ halaman kedua surat khabar hari ini. 2 mencapai sesuatu yg diperlukan; meluluskan atau menyampaikan permintaan dll; menunaikan; mengabulkan: Baginda tidak dpt ~ syarat-syarat itu. memenuhkan menyebabkan sesuatu jadi penuh; mengisi: ~ timba dgn pasir. sepenuh tidak ada kecualinya; selengkapnya; semuanya: Ketika belajar, kita hendaklah memberikan ~ perhatian kpd pengajaran guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Puisi
 

Hujan lebat perigi penuh,
     Kapal besar dari muara;
Kalau tak dapat si buntar penuh,
     Biar kumati berbuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Moncong penuh oleh air,
     perut berisi batu.

Bermaksud :

Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
monjuju[mn.dZu.dZu]kata adjektifterlalu penuh.Dah monjuju ae anau dalam torangkek, payah nak bawak turon.[dAh mn.dZu.dZu AE A.nAw dA.lAm t.ÄAN.kE/ pA.jAh nA/ bA.wA/ tu.Äon]Sudah terlampau penuh air enau dalam terangkek, payah hendak dibawa turun.
sokuntung[s.kun.tuN]kata namasejenis bekas mengisi ikan daripada buluh, mengkuang, dawai dan lain-lain.Ponuh sokuntung dapek ikan monjalo somalam.[p.nuh s.kun.tuN dA.pE/ i.kAn mn.dZA.l s.mA.lAm]Penuh sekuntung, dapat ikan menjala semalam.
tuyong[tu.joN]kata kerja1. tambah.Tuyung ae dalam taka tu, bia ponoh.[tu.joN AE dA.lAm tA.kA tu biA p.nh]Tambah air dalam takar itu, biar penuh.
ponanggah[p.nAN.gAh]kata nama1. tempat meletak peralatan dapur ketika kenduri.Bilo nak konduri ponoh pinggan mangkuk dilotak kek ponanggah.[bi.l nA/ kn.du.Äi p.nh piN.gAn mAN.ku/ di.l.tA/kE/ p.nAN.gAh]Apabila hendak kenduri, penuh pinggan mangkuk diletakkan di penanggah.
loncong[ln.tSN]kata adjektifkosong, tiada lagi, habis.Tadi ponoh bako tu dek buah-buahan, ni dah loncong.[tA.di p.nh bA.k tu dE/ bu.wAh.bu.wAh.An ni dAh ln.tSN]Tadi bakul itu penuh dengan buah-buahan, kini bakul sudah kosong.
torangkik[t.ÄAN.ki/]kata nama1. tabung buluh untuk menadah nira, perian.Torangkik kek pohon nau tu ponoh elokla kito turunkan.[t.ÄAN.ki/ kE/ p.hn nAu: tu dAh p.nh El/.lA ki.t tu.Äun.kAn]Terangkik di pohon enau itu sudah penuh, eloklah kita turunkan.
gebong[gE.bN]kata adjektiflahap.Gebong boto budak ni abih nasi sopinggan monjuju, nak botambahe lai.[gE.bN bo.to bu.dA/ ni A.bih nA.si s.piN.gAn mn.dZu.dZu nA/ b.tAm.bAh.E lAi:]Lahap betul budak ini, habis nasi sepinggan penuh hendak bertambahnya lagi.

Kembali ke atas