Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit (spt kurap) yg mudah berjangkit. ~ masyarakat (sosial) sesuatu amalan atau per­lakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masa­lah penagihan dadah dan rasuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
totomeh[t.t.mEh]kata kerja1. mengetahui jenis penyakit dengan menggunakan air sirih, air ubat.Tolong totomehan anak den nan tak baek-baek saket ni.[t.lN t.t.mEh.An A.nA/ dEn nAn tA/ bAe/ bAe/ sA.ket ni]Tolong lihatkan jenis penyakit anak saya yang tidak baik-baik ni.
tojungkang[t.dZuN.kAN]kata kerjamati biasanya digunakan untuk haiwan.Anak-anak ayam abih tojungkang dek sampa.[A.nA/.A.nA/ A.jAm A.bih t.dZuN.kAN de/ sAm.pA]Anak-anak ayam habis mati kerana penyakit sampar.
biring I[bi.ÄiN]kata namasejenis penyakit, kena sampuk.Badan budak tu paneh kono biring agake.[bA.dAn bu.dA/ tu pA.nEh k.n bi.ÄiN A.gA/.E]Badan budak itu panas, kena sampuk agaknya.
bandan[bAn.dAn]kata nama1. penyakit sampar pada kerbau, lembuAbeh sokampong korobau mati sapue dek bandan.[A.beh s.kAm.poN k.č.bAw mA.ti sA.pu.E d«/ bAn.dAn]Habis kerbau sekampung mati terkena bandan.
mompa[mm.pA]kata kerjamengesan penyakit dengan tangan, telur dan lain-lain.Pawang mompa ponyakete guno tolo ayam kampong.[pA.wAN mm.pA p.øA.ket.e. gu.n t.l A.jAm kAm.poN]Pawang mengesan penyakitnya, menggunakan telur ayam kampung.

Kembali ke atas