Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[puan] | ڤوان

Definisi : sj tempat sirih yg diperbuat drpd emas atau perak (biasanya dipakai oleh permaisuri, pengantin perempuan atau sbg tanda kekua­saan raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puan] | ڤوان

Definisi : 1. kep empuan (perempuan); datuk ~ panggilan kpd isteri datuk, datin; Toh (Tok) P~ a) panggilan kpd isteri Tun; b) Ph isteri kepada Tok Muda; sakit ~ a) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn penyakit-penya­kit yg khusus dihidapi orang perempuan ter­utama yg berkaitan dgn organ-organ seks dan salur kencing; b) penyakit (spt sifilis, gonorea, dsb) yg boleh berjangkit melalui perhubungan kelamin, penyakit kelamin; 2. = cik ~ panggilan kpd perempuan yg sudah bersuami, nyonya (lwn tuan); puan-puan sapaan kpd sekalian orang perempuan yg hadir dlm sesuatu majlis: …tuan-tuan dan ~ yg dihormati sekalian; berpuankan mempunyai wanita sbg majikan: dia bekerja dgn Datuk dan ~ Datin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puan] | ڤوان

Definisi : ; kelapa ~ kelapa yg isinya lembut (lunak) sekali; ais ~ Id ais dengan kelapa puan; kuih ~ sj kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puan] | ڤوان

Definisi : bekas sirih yg dibuat drpd emas atau perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[puan] | ڤوان

Definisi : 1 kep drpd perempuan: Toh ~ gelaran utk isteri orang yg bergelar Tun; Tok ~ gelaran utk isteri orang yg bergelar Datuk (terutama di Pahang). 2 = cik ~ panggilan utk orang-orang perempuan yg sudah bersuami; kep drpd encik perempuan (nyonya rumah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puan

Puisi
 

Jangan diharap kelapa puan,
     Kelapa puan kelapalah Bali;
Jangan diharap adinda tuan,
     Makanya tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(92)
Peribahasa

Meriba puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin dengan gadis yang sudah rosak maruahnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sorau[s.ÄAw]kata namasial.Budak puan ni ado soraue, orang ndak, dio tak ndak, dio ndak orang tak ndak. Nak baek, mandian ni bungo tujoh tolago.[bu.dA/ pu.wAn ni A.d s.ÄAw.E .ÄAN ndA/ di.j tA/ ndA/ di.j ndA/ .ÄAN tA/ ndA/ nA/ bAe/ mAn.di.jAn ni bu.N tu.dZh t.lA.g]Budak perempuan ini ada sialnya, orang hendak, dia tidak hendak, dia hendak, orang tidak hendak. Hendak baik, mandikan dia bunga tujuh telaga.
monyalang[m.øA.lAN]kata kerjamengunjung sanak saudara selepas berkahwin dengan tujuan menambahkan erat hubungan keluarga kedua belah pihak.Lopeh monikah, ponganten pompuwan monyalang ke rumah ponganten lolaki.[l.pEh m.ni.kAh p.NAn.ten pm.puAn m.øA.lAN kE/ Äu.mAh p.NAn.ten l.lA.ki]Selepas bernikah, pengantin perempuan mengunjungi rumah pengantin lelaki.

Kembali ke atas