Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun] | ڤون

Definisi : 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan …; bahkan …: Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(120)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
punggo[puN.go]kata namatunggul atau batang kayu yang masih berbara.Sobolom morebak, ponggo kayu tu baek dipadaman.[s.b.lum m.ÄE.bA/ pN.g kA.ju bAE/ di.pA.dAm.An]Sebelum tunggul kayu yang berbara itu merebak, baik dipadamkan.
pundong[pun.doN]kata namapondok (bersifat sementara) yang dibina dalam dusun dan lain-lain untuk berehat.Pundong tempek monunggu dian dibuek totongah duson.[pun.doN tm.pE/ m.nuN.gu di.jAn di.bu.wE/ t.t.NAh du.son]Pondok tempat menunggu durian didirikan di tengah-tengah dusun.
doh[dh]kata tugaskata yang digunakan sebagai penegas dalam percakapan, pun.Tak do den buek doh.[tA/ d dEn bu.wE/ dh]Tak ada saya buat pun.
pongolek[p.N.lE/]kata adjektifpenakut.Kau ni pongolek amek, dongan lombu pun kau tak borani.[kAw ni p.N.lE/ A.mE/ d.NAn lm.bu pon kAw tA/ b.ÄA.ni d.kE/]Kau ini penakut sangat, dengan lembu pun kau tidak berani dekat.
kobeh[k.bEh]kata namasejenis pengubatan tradisi menggunakan kain dengan cara mengibaskan kain hitam kepada pesakit.Lopeh tigo kali kobeh, budak tu pon somboh.[l.pEh ti.g kA.li k.bEh bu.dA/ tu pun tu pon sm.bh]Lepas tiga kali berubat secara perubatan tradisional, budak itu pun sembuh.
rumpun[Äum.pun]kata namakelompok keluarga yang kecil dalam suku (istilah adat).   
tompong[tm.poN]kata namagalah bercabang untuk menolak perahu, rakit dan lain-lain.Dio gunoan tompong buluh, buek nolak perau ko ae.[di.j gu.n.An tm.puN bu.luh bu.wE/ n.lA/ p«.ÄAw k Ae]Dia menggunakan galah bercabang daripad abuluh buat menolak perahu ke air.
dicaeng[di.tSAeN]kata kerjamelapah, memotong, menghiris (khusus untuk lembu, kerbau dan kambing).Dageng bantaian tadi, bolum sekopeng pon dicaeng.[dA.geN bAn.tA.An tA.di bo.lum s.k.peN pon di.tSAeN]Daging bantai tadi, belum sekeping pun dipotong.
bongka[bN.kA]kata kerjabangun dari duduk atau tidur, bangkit.Dah moninggi ari, dio bolom yo bongka lai.[dAh m.niN.gi A.Äi di.j b.lum j bN.kA lAi:]Matahari pagi telah pun tinggi, dia belum juga bangun dari tidur.
ngonga[N.NA]kata kerjatidur lena.Kok dah ngonga, diangkek pon tak soda de doh.[ko/ dAh N.NA di.AN.kE/ pon tA/ s.dA dE dh]Kalau sudah tidur lena, diangkat pun tidak disedarinya.
123

Kembali ke atas