Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.mas] | ريمس

Definisi : 1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll: kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka; 2. tidak senang hati, gelisah hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenang­kan hatinya sendiri yg berasa ~ bergelap begitu; merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dll), meng­ganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh memakai pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~ kepalanya; kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.mas] | ريمس

Definisi : 1 (berasa) tidak enak atau tidak senang kerana panas, bersesak-sesak dll. 2 tidak senang hati; (berasa) gelisah. merimaskan menyebabkan atau menimbulkan rasa rimas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rimas (adjektif)
Bersinonim dengan tidak senang, tidak selesa, tidak tenteram.,


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
polak[p.lA/]kata adjektifrimas (tentang keadaan).Polak rasoe kek bilek tu pasa tak do kipah.[p.lA/ ÄA.s.E kE/ bi.le/ tu pA.sAN tA/.d ki.pAh]Rimas rasanya di bilik itu kerana tidak ada kipas.

Kembali ke atas