Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
jobo[dZ.b]kata adjektif1. megah.Dio jobo bilo dapek numbo satu.[di.j dZ.b bi.l dA.pE/ num.b sA.tu]Dia megah bila dapat nombor satu.
caba[tSA.bA]kata adjektifkurang berhati-hati, lalai, leka.Kok caba yo maso bolaja satu apah pon tak dapek.[k/ tSA.bA j mA.s b.lA.dZA sA.tu A.pAh pon tA/ dA.pE/]Kalau lalai semasa belajar, satu apa pun tidak akan dapat.
tosungkam[t.suN.kAm]kata kerjatersembam.Polari nogaro kito tak dapek nombo satu, dek tosungkam di potongahan balapan.[p.lA.Äi n.gAÄ. ki.t tA/ dA.pE/ nm.b sA.tu dE/ t.suN.kAm di.p.t.NA.hAn bA.lA.pAn]Pelari negara kita tidak dapat nombor satu kerana tersembam di pertengahan balapan.
umpan bocek[um.pAn b.tSE/] satu daripada lagu bongai, iaitu sejenis lagu tradisi Negeri Sembilan yang bermaksud sejenis ikan.   
celet[tSE.lEt]kata adjektifsalah satu daripada matanya tidak berfungsi.Matoe celet, camano dio cam gamba tu waktu sonjo?[mA.t.E tSE.lEt tSAm.mA.n di.j tSAm gAm.bA tu wA/.tu sn.dZ]Dia bermata satu, macam mana dia dapat mengecam gambar itu ada waktu senja.
bosawareh[b.sA.wA.Äeh]kata namapemimpin ruang, iaitu satu kelompok kecil dalam anggota Adat Perpatih, menjadi orang perantaraan anggota kelompok ruang dengan buapak.   
dicilut[di.tSi.lut]kata kerjadicuri.Timbang tu dicilute sohon, tak cukop sokati.[tim.bAN tu di.tSi.lut.E sohon tA/ tSu.kop so.kA.ti]Timbangan itu dicilutnya satu hun, tidak cukup sekati.
kolopai[k.l.pAj]kata namabeg daripada mengkuang atau plastik, bertali satu, sumpit.Kolopai yang dibuek dari mongkuang dah jarang jumpo sekarang kerano orang lobih suko pakai plastik.[k.l.pAj jAN di.bu.wE/ dA.Äi mN.kuAN dAh dZA.ÄAN dZum.p s«.kA.ÄAN .ÄAN l.beh su.k pA.kAj plAs.ti/]Kolopai yang dibuat dari mengkuang sudah jarang jumpa sekarang, kerana orang lebih suka pakai plastik

Kembali ke atas