Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : sewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelum

Puisi
 

Sungai Bintangor airnya merah,
     Tempat budak bercuci kaki;
Sebelum bergurau saya berolah,
     Dari hidup sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebelum hujan petir berpalu,
     kilat bersabungan.

Bermaksud :

Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(48)

164

Thatch your roof before rainy weather

Buat persediaan sebelum terlambat

Sediakan payung sebelum hujan

"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Thatch your roof before rainy weather," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.

''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,” jawabku. “Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,” kata Dewi. “Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjung liar dan orang yang mencurigakan!” aku mengingatkannya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(35)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
cang capik[tSAN tSA.pE/] lagu kanak-kanak yang dinyanyikan beramai-ramai untuk menentukan siapa yang akan menjadi pencari sebelum sesuatu permainan sorok-sorok dimulakan.   
uca II[u.tSA]kata kerjacuba-cuba.Sobolum den lompek, den uca dulu.[s.b.lum dEn lm.pE/ dEn u.tSA du.lu]Sebelum saya lompat, saya cuba-cuba dulu.
punggo[puN.go]kata namatunggul atau batang kayu yang masih berbara.Sobolom morebak, ponggo kayu tu baek dipadaman.[s.b.lum m.ÄE.bA/ pN.g kA.ju bAE/ di.pA.dAm.An]Sebelum tunggul kayu yang berbara itu merebak, baik dipadamkan.
lombago[lm.b­­A.g]kata namaketua suku dalam Adat Perpatih.Kito kono tunggu Tok Lombago sobolum mulokan rundingan.[ki.t k.n tuN.gu t/ lm.bA.g s.b.lum mu.l.kAn Äun.di.NAn]Kita kena tunggu Tok Lembaga, sebelum memulakan rundingan.
bokonak[b.k.nA/]kata namapersiapan sebelum hari perkahwinan.Ari langsonge ari Ahad. Ari bokonake ari Sabtu.[AÄi lAN.sN.E A.Äi A.hAd A.Äi b.k.nA/.E A.Äi sAb.tu]Hari perkahwinannya hari Ahad. Hari bokonaknya hari Sabtu.
lareh[lA.ÄEh]kata namaseberkas kayu kecil yang dipasangkan melintang antara lantai semasa membuat ampangan.Hontak lareh tu kek lantai, sobolum diisi tanah maso buek ompangan.[hn.tA/ lA.ÄEh tu kE/ lAn.tAj s.b.lum di.i.si tA.nAh mA.s bu.wE/ om.pA.NAn]Hentak lareh itu di lantai, sebelum bubuh tanah masa membuat empangan.
dikilit[di.ki.lit]kata kerjadigelecek.Duo tigo orang pomaen dikilite, sobolum ditujahe bola tu ko pintu gol.[du ti.g .ÄAN p.mAen di.ki.lit.E s.b.lum di.tu.dZAh.Eb.lA tu k.pin.tu gl]Dua tiga orang pemain digeleceknya, sebelum ditendangnya bola itu ke pintu gol.
borangguh[b.ÄAN.guh]kata adjektifberkenaan rombongan pengantin yang berhenti seketika, berehat atau bersiap di rumah tertentu, sebelum beredar ke rumah yang hendak dituju.Rumah tompek borangguh tak jaoh dari rumah ponganten pompuan.[Äu.mAh tm.pE/ b.ÄAN.guh tA/ dZAoh dA.Äi Äu.mAh p.NAn.ten pm.pu.wAn]Rumah tempat borangguh pengantin lelaki tidak jauh dari rumah pengantin perempuan.
bokampong[b.kAm.pN]kata kerjaberkumpul untuk berbincang atau menentukan pembahagian kerja kepada mereka yang hadir sebelum hari perkahwinan.Kito kono samo-samo bokampong kek rumah Pak Dolah malam esok, sobab diyo nak nikahan anake.[ki.t k.n sA.m sA.m b.kAm.poN kE/ Äu.mAh pA/ d.lAh mA.lAm E.s/ s.bAb di nA/ ni.kAh.An A.nA/.E]Kita kena sama-sama berkumpul di rumah Pak Dolah malam esok kerana dia hendak mengkahwinkan anaknya.

Kembali ke atas