Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.lu] | سلالو

Definisi : 1. sentiasa, selamanya, sepanjang masa: sayur-sayurnya ~ dijual ke bandar; 2. kerap benar, acap kali: ibunya ~ sahaja sakit; menyelalukan menjadikan (melakukan) se-lalu, membiasakan: hendaklah dibiasakan dan diselalukan membaca buku; keselaluan keadaan selalu, keseringan, ke-kerapan: ~ itu menyebabkan tumpuan pd pekerjaan tidak berjalan lancar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : Mn seluruh, semua; ~ hari sepanjang hari; hitam ~ hitam seluruhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : terus, langsung: maka menteri itu pun menangkap ~ budak-budak itu lalu dibawa balik ke negerinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : 1 tidak henti-henti; sentiasa ada; sepanjang masa: Ketika berada di Jerman dahulu, saya ~ teringat akan ayah dan ibu. 2 kerap kali; acap kali: Saya memang ~ datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalu

Puisi
 

Hujan lebat selalu bah,
     Bunyi berdentum tali temali;
Hendak balik serba salah,
     Baik kulangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(123)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
dobuih[d.buih]kata adjektiftidak mengenai sasaran, sipi.Bilo dio momangkah gaseng, goma bona dobuih.[bi.l di.j m.mAN.kAh gA.seN g.mA b.nA d.buih]Bila dia memangkah gasing, selalu benar tidak mengenai sasaran.
stom[stm]kata namacorong lampu, cimni.Nak torang lampu tu, stome kono cuci solalu.[nA/ t.ÄAN lAm.pu tu stom.E k.n tSu.tSi s.lA.lu]Hendak terang lampu itu, corong lampu mesti selalu dicuci.
lacoh[lA.tSh]kata namaselalu ditempuhi, sasapan, laluan.Nak dapek landak, tunggulah kek lacoh landak tu.[nA/ dA.pE/ lAn.dA/ tuN.gu.lAh kE/ lA.tSoh lAn.dA/ tu]Hendak dapat landak, tunggulah di laluan landak itu.
ogun[.gun]kata kerjamenonyoh-nonyoh kepala; sugun.Budak tu solalu kono ogun kek omake sobab tak buek kojo sokolah.[bu.dA/ tu s.lA.lu k.n .gun kE/ .mA/.E s.bAb tA/ bu.we/ k.dZ s.k.lAh]Budak itu selalu kena tonyoh kepala oleh emaknya kerana tidak membuat kerja sekolah.
sugun[su.gun]kata kerjamenonyoh-nonyoh kepala; ogun.Budak tu solalu kono sugun kek omake sobab tk buek kojo sokolah.[bu.dA/ tu s.lA.lu k.n su.gun kE/ .mA/.E s.bAb tA/ bu.we/ k.dZ s.k.lAh]Budak itu selalu kena tonyoh kepala oleh emaknya kerana tidak membuat kerja sekolah.
kokong[k.kN]kata adjektifbohong, tipu.Galak bona kau kokongkan den, dah limo kali kau janji nak baya kali ini den tak cayo lai doh.[gA.lA/ b.nA kAw k.kN.kAn dEn dAh li.m kA.li kAw dZAn.dZi nA/ bA.jA kA.li ni dEn tA/ tSA.j lAi: dh]Selalu benar kau bohongkan saya, sudah lima kali kau janji hendak bayar, kali ini saya tidak percaya lagilah.

Kembali ke atas