Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[seng.ké.ta] | سڠکيتا

Definisi : (sengkéta) 1. = persengketaan pertelingkahan, pergaduhan, perselisihan, pertentangan, pertikaian: Amerika diingat-kan supaya jangan campur tangan dlm ~ Arab-Israel; halangan-halangan ini mungkin disebabkan oleh ~ sesama sendiri di kalangan pemimpin Perikatan; 2. hal atau perkara (dr segi pengadilan): tidak ada ~ yg tidak dapat diselesaikan; bersengketa bergaduh, berkelahi, berselisih faham, bertelagah (pendapat dll): pihak-pihak yg ~ bersedia menghadapi persoalan itu dgn fikiran tenang dan terbuka; mempersengketakan memperbantahkan, mempertikaikan: Bahasa Kebangsaanlah yg menjadi soal yg dipersengketakan oleh kedua-dua pihak itu; persengketaan 1. perselisihan, per­telagahan, pertikaian, perbalahan: ~ antara dua orang adik-beradik itu berpanjangan kpd anak masing-masing; 2. perebutan (terhadap se-suatu): maka ~ itu diselesaikan dan sempadan kedua-dua buah negeri itu pun ditentukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.ké.ta] | سڠکيتا

Definisi : /sengkéta/ pendapat yg ber­lainan yg menyebabkan orang ber­ba­lah atau berkelahi; perkara yg menim­bul­kan perbalahan dsb: ~ itu timbul kerana wang seringgit. Negara-negara asing tidak harus masuk campur dlm ~ kedua-dua negara itu. bersengketa berbalah atau bergaduh kerana berlainan pen­dapat; berselisih faham: Pihak yg ~ bersedia menyelesaikan pertikaian mereka. persengketaan per­­buatan atau hal bersengketa; per­selisihan (pendapat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengketa
Kata Terbitan : bersengketa, mempersengketakan, persengketaan,

Peribahasa

Pada sama tumbuh dengan siangan,
     adat sama tumbuh dengan sengketa.

Bermaksud :

Adat berdiri kerana ada sebabnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bogendeng[b.gEn.dEN]kata kerjaberselisih faham, sengketa.Dio tu adek boradek tapi bogendeng yo nampake.[di.j tu A.de/ b.ÄA.dE/ tA.pi b.gEn.dEN j nAm.pA/.E]Mereka itu adik-beradik, tetapi kelihatan tidak bersefahaman.

Kembali ke atas