Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hampas benda yg telah dikunyah dan dihisap airnya (spt tebu, sirih, dll): maka ia pun segeralah santap sirih maka ~nya itu pun diberikan kpd tuan puteri Kuntum Ratna Sari; sepelontar ~ sirih jarak yg dekat sekali; ~ tembakau Kl a) sesuatu yg tidak berguna lagi; b) sampah masyarakat; habis manis ~ dibuang prb digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan; menyepah mengambil sari atau air drpd sesuatu (spt sirih, tebu, dll) dgn mengunyah: apa yg disepah oleh budak itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hampas drpd sesuatu (spt sirih, tebu) yg sudah dikunyah atau dihisap airnya: Habis manis ~ dibuang. menyepah mengambil air drpd sesuatu dgn mengunyah benda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepah
Rujuk :hampas

Puisi
 

Sepah bulan di hujung jari,
     Buah belimbing pengelok kuku;
Kalau jatuh bulan abang mari,
     Jentik dinding bukalah pintu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Ada sirih hendak makan sepah.

Bermaksud :

Ada yang baik, hendakkan yang buruk. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada tangga hendak memanjat tiang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
dikesai[di.kE.sAj]kata kerjadisepah-sepah, dikirai, kena sepah.Kaen yang dah dilipat tu dah dikesai dek anake.[kAEn jAN dAh di.li.pAt tu dAh di.kE.sAj dE/ A.nA/.E]Kain yang sudah dilipat itu, sudah dikirai oleh anaknya.
bolengkangan[b.lEN.kA.NAn]kata adjektiftidak teratur, bersepah-sepah, bersimpang-siur.Kok kau tido bolengkangan, tak kono dek pukau do.[ko/ kAw ti.do b.lEN.kA.NAn tA/ k.n de/ pu.kAw d]Jikalau engkau tidur tidak teratur tidak akan kena pukau.

Kembali ke atas