Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.per.ti] | سڤرتي

Definisi : 1. sama (serupa) dgn, sebagai, semacam: rambutnya ~ rambut perempuan; laki-laki itu memejamkan matanya sejurus ~ orang kegelisahan benar; 2. sesuai dgn, sebagai-mana: keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ~ yg tersiar dlm akhbar ini; 3. seolah-olah, macam: ~ tidak ada orang lain yg pandai; 4. = sepertinya misalnya, contohnya, um-pamanya: akhbar-akhbar Melayu ~ Utusan Melayu, Berita Harian, dll banyak dibaca di kampung-kampung; bukan ~ bukan main; sepertinya 1. jikalau, seandainya, sekiranya: ~ engkau diajak mahukah engkau pergi? 2. selayaknya, semestinya: maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya arak dgn ~; 3. umpamanya; sepertikan tidak ubahnya, bagaikan: ia ber-jalan itu sangat perlahan ~ tiada berdaya lakunya; menyepertikan sl 1. menjadikan sbg sepatut-nya, menjadikan sbg yg sepantasnya; 2. me-nyamakan dgn, menganggap seperti. sepertimana sebagaimana, seperti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.per.ti] | سڤرتي

Definisi : 1 sama halnya dgn; tidak ada lainnya; serupa dgn; sebagai: Rambutnya ~ rambut orang perempuan. Dia berkelakuan ~ orang mabuk. 2 sesuai dgn; sebagaimana: Buatlah ~ yg aku suruh tadi. 3 umpamanya; contohnya; misalnya: Binatang yg bertelur, ~ ayam, burung, dan ikan tidak berdaun telinga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seperti (kata tugas)
Bersinonim dengan laksana, ibarat, umpama, bak, bagaikan, macam, serupa.,

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Seperti upih jatuh.

Bermaksud :

Yang tua mati dulu daripada yang muda.

 

Lihat selanjutnya...(415)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sopang I[s.pAN]kata namasejenis kuih seperti kuih badak berendam.   
lopu[l.pu]kata namasejenis pokok renek (pucuknya boleh dimakan) rupanya seperti pokok cemperai.   
cembeng[tSEm.bEN]kata adjektifberkenaan wajah yang seakan-akan menangis.Budak tu cembeng lopeh kono marah kek akake.[bu.dA/ tu tSEm.bEN l.pEh k.n mA.ÄAh kE/ A.kA/.E]Budak itu wajahnya seperti hendak menangis setelah kena usik oleh sahabatnya.
rewai[ÄE.wAj]kata kerja1.      memukul menggunakan sesuatu yang panjang seperti rotan, galah, kayu dan lain-lain.Apo dibiaan ayam tu, rewai la siket.[A.p di.bi.jA.An A.jAm tu ÄE.wAj lA si.ket]Apa dibiarkan ayam itu, rewailah sedikit.
poloh[p.lh]kata kerjamenyumbatkan sesuatu seperti baju dan lain-lain.Dipolohe kaen baju tu banyak-banyak, sampai pocah zipe.[di.p.lh.E kAEn bA.dZu tu sAm.pAj p.tSAh zip.E]Disumbatnya kain baju itu sampai pecah zipnya.
keset[kE.sEt]kata adjektifberkenaan buah seperti rambutan, langsat, durian dan lain-lain yang tidak berbiji.Camano nak dapek bijik dian ni, sumoe keset.[tSA.mA.n nA/ dA.pE/ bi.dZi/ di.jAn ni su.m.E kE.sEt]Macam mana hendak dapat biji durian ini, semuanya tiada biji.
moncocoh II[mn.tS.tSh]kata adjektifberkenaan rasa seperti pedas, masam dan lain-lain yang terlampau.Gulai lomak cili api tu moncocoh podehe.[gu.lAj l.mA/ tSi.li A.pi tu mn.tS.tSh p.dEh.E]Gulai lemak cili api itu terlalu pedas.
pompoyan[pm.p.jAn]kata namaalat menggulung tali seperti roda, gelendong.Pokojo-pokojo TEN tongah tarek kabel dari pompoyan.[p.k.dZ p.k.dZ tEn t.NAh tA.ÄE/ kA.bEl dA.Äi pm.p.jAn]Pekerja-pekerja TEN tengah tarik kabel dari gelendong.
jengang[dZE.NAN]kata adjektifberkenaan cuping telinga yang ke depan seperti telinga lembu dan kerbau.Lombu tu nampak jengang dek todonga rimau mongaum.[lm.bu tu nAm.pA/ dZE.NAN dE/ t.d.NA Äi.mAw m.NAum]Lembu itu nampak cuping ke depan kerana terdengar harimau mengaum.
celoi[tSE.li]kata namamengambil dengan menggunakan jari (seperti mengambil lauk di dalam mangkuk).Lauk dalam mangkok ni copek basi kalu kono celoi.[lAo/ dA.lAm mAN.ko/ ni tS.pE/ bA.si kA.lu k.n tSE.li]Makanan dalam mangkuk ini akan cepat basi jika diambil dengan jari.
12

Kembali ke atas