Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.sia] | سيا٢

Definisi : 1. tidak berguna, tidak bermanfaat, tidak mendapat apa-apa hasil, percuma, sesia: membuang wang dgn ~; ~ berbuat baik kpd orang yg tidak berbudi; dia tidak membuang masanya dgn ~; 2. kurang berhati-hati (ketika melakukan sesuatu), dgn sembarangan sahaja: menuduh orang dgn ~ sahaja; ~ hutang tumbuh prb jika terlalu berani mem­buat sesuatu, akhirnya hutang akan bertimbun; ~ negeri alah prb pekerjaan yg dilakukan dgn kurang hati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian; bersia-sia tidak berguna, percuma; mensia-siakan 1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, meng­anggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dll) dgn percuma: sayang hari muda­mu kausia-siakan dgn menunggu orang yg telah meninggalkan engkau; mereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yg maksum; 2. tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dll), me­ngecewakan (harapan dll), mengabaikan: aku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku; ~ hidup merosakkan hidup; ~ nyawa a) mem­buang nyawa dgn sia-sia; b) merosakkan hidup; ~ umur menjadi tua dgn tidak menghasilkan apa-apa; tersia-sia tidak berguna: kerana tidak mendapat pelajaran dan latihan yg sem­purna, banyak anak muda kita yg ~ hidup mereka; kesia-siaan hal yg sia-sia: sudah ngeri hamba mengira-ngirakan ~ hamba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.sia] | سيا٢

Definisi : tidak ada gunanya; tidak mendatangkan apa-apa hasil; terbuang saja: ~ berbuat baik kpd orang yg tidak bertimbang rasa. membuang wang dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sia
Kata Terbitan : sia-sia, mensia-siakan,

Puisi
 

Kalau tak boleh mengkuang kutetak,
     Sia-sia mudik ke hulu;
Kalau tak boleh muda kuhendak,
     Sia-sia memujuk guru.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(81)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
poting[p.tiN]kata namakeratan buluh yang dipakukan pada batang pokok yang berfungsi sebagai anak tangga.Den guno poting panjek pokok sialang ngambek nisan lobah.[dEn gu.n p.tiN pAn.dZE/ p.k/ siA.lAN NAm.bE/ ni.sAn l.bAh]Saya gunakan poting, panjat pokok sialang mengambil madu.
mongorinyik[m.N.Äi.øi/]kata adjektifberkenaan cahaya yang berbintik-bintik.Kaco tivi tu mongerinyik, bilo tak ado siaran.[kA.tS ti.vi tu m.N.Äi.øi/ bi.l tA/ A.d siA.ÄAn]Kaca televisyen itu mengeluarkan cahaya berbintik-bintik, apabila tiada siaran.

Kembali ke atas