Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dah] | سوده

Definisi : 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
dikesai[di.kE.sAj]kata kerjadisepah-sepah, dikirai, kena sepah.Kaen yang dah dilipat tu dah dikesai dek anake.[kAEn jAN dAh di.li.pAt tu dAh di.kE.sAj dE/ A.nA/.E]Kain yang sudah dilipat itu, sudah dikirai oleh anaknya.
sopang II[s.pAN]kata adjektiftidak bengkak lagi.Bisoe dah sepang sobab nanahe dah kelua.[bi.s.E dAh sE.pAN s.bAb nA.nAh.E dAh k«.luA]Bisulnya sudah tidak bengkak lagi, sebab nanahnya sudah keluar.
paneh gek ego[pA.nEh gE/.E.g] terlalu panas, panas terik.Paneh gek ego dah tigo bulan, pigi dah koreng, jimek ae tu siket.[pA.nEh gE/.E.g dAh ti.g bu.lAn pi.gi dAh k.ÄEN dZi.mE/ AE tu si.ket]Panas terik sudah tiga bulan, perigi sudah kering, jimat air itu sedikit.
bosarau[b.sA.ÄAw]kata namaberlubang-lubang.Atap rumah tu dah bosarau dek lamo kono tingga.[A.tAp Äu.mAh tu dAh b.sA.ÄAw de/ lA.m k.n tiN.gA]Atap rumah itu sudah berlubang-lubang kerana rumah tersebut sudah lama ditinggalkan.
montereh[mn.tE.ÄEh]kata adjektifterlalu kenyang.Den dah monotok tadi, porut pon dah montereh, kau yolah makan sorang.[dEn dAh m.n.t/ tA.di p.Äut pon dAh mn.tE.ÄEh kAw j.lAh mA.kAn s.ÄAN]Saya sudah makan tadi, perut pun sudah terlalu kenyang, kau sajalah makan sendirian.
   2. penat, letih.Daki bukit siket yo dio dah hongeh.[dA.ki bu.ket si.ket j di.j dAh h.NEh]Daki bukit sedikit saja dia sudah penat.
tokinyam[t.ki.øAm]kata adjektifberselera.Tadi tak nak, dah rasom baru tokinyam.[tAdi tA/ nA/ dAh ÄAs bAÄu t.ki.øAm]Tadi tidak mahu, sudah rasa baru berselera.
loho[l.ho]kata kerjalonggar, tidak sempit, tidak ketat.Dah loho pam basika tu, tak elok lai.[dAh l.hE pAm bA.si.kA tu tA/ E.l/ lA:]Sudah longgar pam basikal itu, tidak elok lagi.
upau[u.pAw]kata namabeg duit yang diikat di pinggang.Upau uwan dah ilang, sapo yang ngambek.[u.pAw u.wAn dAh i.lAN sA.p jAN NAm.be/]Upau nenek sudah hilang, siapa yang mengambilnya.
sobun[s.bun]kata tugasterkambus sendiri oleh tanah, pasir.Pigi tu dah sobun tak digunoan lai.[pi.gi tu dAh s.bun tA/ di.gu.n.An lAi:]Perigi itu sudah terkambus, tidak digunakan lagi.
1234567

Kembali ke atas