Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Anak itik di bawah batang,
     Limau manis masaknya minyak;
Raja di rakit sudah pun datang,
     Riuh-rendah suara banyak.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat.

Bermaksud :

Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya.

 

Lihat selanjutnya...(7)

326

Into every life a little rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kopuih[k.puih]kata adjektifberkenaan pipi yang cekung; kompuih.Dah la kuruih, gigi pon dah abih, nampak kopuih pipie.[dAh lA ku.Äuih gi.gi pon dAh A.bih nAm.pA/ k.puih pi.pi.E]Sudahlah kurus, gigi pun sudah habis, nampak cekung pipinya.
kompuih[km.puih]kata adjektifberkenaan pipi yang cekung; kopuih.Dah la kuruih, gigi pon dah abih, nampak kopuih pipie.[dAh lA ku.Äuih gi.gi pon dAh A.bih nAm.pA/ km.puih pi.pi.E]Sudahlah kurus, gigi pun sudah habis, nampak cekung pipinya.
montereh[mn.tE.ÄEh]kata adjektifterlalu kenyang.Den dah monotok tadi, porut pon dah montereh, kau yolah makan sorang.[dEn dAh m.n.t/ tA.di p.Äut pon dAh mn.tE.ÄEh kAw j.lAh mA.kAn s.ÄAN]Saya sudah makan tadi, perut pun sudah terlalu kenyang, kau sajalah makan sendirian.
ngonga[N.NA]kata kerjatidur lena.Kok dah ngonga, diangkek pon tak soda de doh.[ko/ dAh N.NA di.AN.kE/ pon tA/ s.dA dE dh]Kalau sudah tidur lena, diangkat pun tidak disedarinya.

Kembali ke atas