Definisi : 1. kain (benang, kapas, dll) pd lampu yg dinyalakan, benang dll dlm lilin: anak mancis itu lambat-lambat dicucuk ke ~ pelita; 2. tali api-api (pd mercun, meriam kuno, dll), murang, tunam: ~ meriam; menyumbui 1. memasang sumbu pd, memberi bersumbu; 2. ki mengapi-apikan (supaya orang marah dll); persumbuan lubang tempat sumbu (pd meriam kuno). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 kain (benang, kapas dll) pd lampu atau pd pelita yg dilekati api utk mendapatkan cahaya; benang dlm lilin. 2 tali api-api pd mercun (meriam jenis lama dll). menyumbui 1 memasang sumbu pd; memberi bersumbu. 2 ki mengapi-apikan orang supaya menjadi marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)