[ta.ja/] | تاجق
Definisi : sj alat utk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah (bendang dll), rimbas: mereka sedang berhempas pulas mengayun cangkul dan ~, membuat kebun sayur;~ kebat Mn cagaran; tiada serik dimakan ~ esok lusa ke bendang juga prb kerana mencari wang (harta) tidak menghiraukan penat atau kesusahan; menajak merumput dgn tajak, mengerjakan tanah dgn tajak; penajakan perbuatan (kerja) menajak; penajak orang yg menajak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.ja/] | تاجق
Definisi : alat seakan-akan cangkul bentuknya dan digunakan utk membersihkan rumput dan mengerjakan tanah. menajak membersihkan rumput atau mengerjakan tanah dgn tajak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)