Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lah] | تله

Definisi : kata bantu yg menyatakan sesuatu perbuatan sudah berlaku atau sudah berlangsung: Apabila mereka sampai di situ, pertandingan itu ~ tamat. setelah sesudah; selepas; sehabis: ~ makan tengah hari, kami pun meneruskan perjalanan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.lah] | تله

Definisi : ; menelah menyatakan apa-apa yg akan berlaku; meramalkan: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg akan terjadi kpd dirinya. telahan sesuatu yg ditelah; dugaan: ~nya meleset belaka. penelah orang yg menelah; tukang ramal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,

Puisi
 

Belah mana pasang pelita,
     Tarik sumbu di balik bukit;
Telah mana orang bermain mata,
     Tarik senyum kening terangkit.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Telah meraba-raba tepi kain.

Bermaksud :

Orang yang sedang sakit payah.

 

Lihat selanjutnya...(151)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bongka[bN.kA]kata kerjabangun dari duduk atau tidur, bangkit.Dah moninggi ari, dio bolom yo bongka lai.[dAh m.niN.gi A.Äi di.j b.lum j bN.kA lAi:]Matahari pagi telah pun tinggi, dia belum juga bangun dari tidur.
muapakat[mu.wA.pA.kAt]kata kerjamenyelesaikan sesuatu masalah secara berkampung, bercarian, kebulatan, kerapatan.Kato muapakat dah diambek apo lai jalanan la.[kA.t mu.wA.pA.kAt dAh di.Am.be/ A.p lAi: dZA.lAn.An lA]Keputusan muafakat telah diambil, apa lagi laksanakanlah.
lulok[lu.l/]kata kerjamemijak rumput-rumput sawah yang telah dicangkul ke dalam lumpur bagi persiapan mengubah atau menanam benih padi.Sawah dah kono lulok, bilo lai nak ngubah.[sA.wAh dAh k.n lu.lo/ bi.l lAi: nA Nu.bAh]Sawah sudah lulok, bila lagi hendak mengubah?
niang[ni.jAN]kata namapanggilan untuk orang Islam yang telah meninggal dunia, arwah, allahyarham.Niyang omak ni, maso idupe dulu suko sodokah.[ni.jAN .mA/ ni mA.s i.dup.E du.lu su.k s.d.kAh]Arwah emak ini, masa hidupnya dulu, suka bersedekah.
langgak[lAN.gA/]kata adjektifberkenaan sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas dari jauh.Langgak boto nampake rumah kau bilo dah ditobeh tobang pokok gotah tu.[lAN.gA/ bo.to nAm.pA/.E Äu.mAh kAw bi.l dAh di.t.bEh t.bAN p.k/ g.tAh tu]Jelas betul nampaknya rumah kau, apabila pokok itu telah ditebang tebas.
motan I[m.tAn]kata namabekas dahan yang terdapat pada kayu yang telah digergaji, mata kayu.Kok boli papan usah boli yang ado motan, nanti kok bolobang.[k/ b.li pA.pAn u.sAh b.li jAN A.d mtAn nAn.ti k/ b.l.bAN]Kalau beli papan jangan beli yang ada tanda bekas dahan, nanti berlubang.

Kembali ke atas