Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : ; tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
solorau[s.l.ÄAw]kata tugaskeadaan yang berlaku secara tiba-tiba, serentak.Ujan batu turun solorau yo, tanah pon tak basah.[u.dZAn bA.tu tu.Äun s.l.ÄAw j tA.nAh pon tA/ bA.sAh]Hujan batu turun tiba-tiba sahaja, tanah pun tidak basah.
popisat[p.pi.sAt]kata kerjamamai selepas bangun tidur.Dio popisat bilo tibo-tibo dikojutan.[di.j p.pi.sAt bi.l ti.b.ti.b di.k.dZut.An]Dia mamai, bila tiba-tiba dikejutkan.
bodocap[b.d.tSAp]kata kerjasebutan yang tiba-tiba, spontan.Bodocap jo, dio mengato orang tu gilo.[b.d.tSAp dZ di,j m.NA.t .ÄAN tu gi.l]Spontan saja dia mengatakan orang itu gila.
mongonyok[m.N.ø/]kata kerjamerajuk dengan marah.Akak mongonyok dalam bilek sobab tibo-tibo dimarah dek omak.[A.kA/ m.N.ø/ dA.lAm bi.le/ s.bAb ti.b ti.b di.mA.ÄAh dE/ .mA/]Kakak merajuk dalam bilik kerana tiba-tiba dimarahi emak.
monggoliten[mN.g.li.ten]kata adjektifkesakitan yang ditunjukkan secara tiba-tiba.Bilo topogang cerek paneh yo, tangane monggoliten.[bi.l t.p.gAN tSE.ÄE/ pA.nEh j tA.NAn.E mN.gi.li.ten]Bila terpegang cerek panas, mengelitin tangannya.
omat[.mAt]kata adjektifhairan; nomat.Omat den, dulu kau poleso, tibo-tibo yo porajen, ado apo-apo ko.[.mAt dEn du.lu kAw p.lE.s ti.b.ti.b j p.ÄA.dZen A.d A.p.A.p k]Hairan saya, dulu kau pemalas, tiba-tiba sahaja rajin, ada apa-apa ke.
moncurek[mn.tSu.ÄE/]kata kerjamemancut (tentang air).Ae dalam baldi tu moncurek sobab baldi tu totibo boco.[AE dA.lAm bAl.di tu mn.tSu.ÄE/ s.bAb bAl.di tu t.ti.b bo.tSo]Air dalam baldi itu memancut sebab baldi itu tiba-tiba bocor.
nomat[n.mAt]kata adjektifhairan; omat.Nomat den, dulu kau poleso, tibo-tibo yo porajen, ado apo-apo ko.[n.mAt dEn du.lu kAw p.lE.s ti.b ti.b j p.ÄA.dZen A.d A.p.A.p k]Hairan saya, dulu kau pemalas, tiba-tiba sahaja rajin, ada apa-apa ke.
daroi[dA.či]kata adjektifterlalu lama, penat.Daroi den monunggue, dio tak yo tibo.[dA.či dEn m.nuN.gu.E di.j tA/ j ti.b]Penat saya menunggunya, dia tidak juga tiba.

Kembali ke atas