Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.di] | تادي

Definisi : 1. tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yg lalu: siapa yg datang ber­jum­pa dgn kamu ~? 2. terdahulu dr ini, yg dahulunya: kedaulatan Bahasa Kebangsaan dlm tahun 1967 kelak akan membuka peluang-peluang pekerjaan yg ~nya tertutup utk mereka; 3. yg telah (baru) lalu: malam ~; petang ~; 4. yg tersebut dahulu, yg baru sahaja disebut­kan: sebagaimana yg dinyatakan di atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.di] | تادي

Definisi : 1 tidak lama sebelum ini; baru sebentar: ~ dia ada di sini bercakap-cakap dgn kami. 2 yg telah lalu: malam ~; petang ~. 3 yg tsb dahulu; yg baru disebut: Budak yg ~ pun tidak mempunyai kad pengenalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Malam tadi mimpikan bulan,
     Bulan kumimpi si bujur telur;
Malam tadi mimpikan tuan,
     Tuan kumimpi dikandung tidur.


Lihat selanjutnya...(18)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Sekiranya percantasan nilai ini tidak diambil kira oleh sistem, maka ralat akan pembundaran berlaku. Serangan ke atas data yang menggunakan teknik Salami akan mengumpul semua nilai digit kecil yang tercantas tadi ke dalam satu ruang simpanan tersembunyi. Apabila proses pengumpulan ini dilakukan berulang kali, maka jumlah nilai yang tersimpan dalam ruang simpanan akan meningkat dengan banyak. Teknik Salami sering digunakan dalam

Kembali ke atas