Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. makhluk (manusia dan binatang) yg bernyawa; 2. binatang; doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar; ilmu ~ penge­tahuan tentang penyakit binatang dsb dan cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai alat kelamin jantan dan betina; kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka ber­bunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2 benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengo­reknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebina­tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tajau MSbsejenis tempayan.Semua haiwan buruan itu, dijeruk dalam tajau atau disalai supaya tahan lama.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kasip Kdperangkap yang dipasang di dahan pokok untuk menangkap haiwan kecil seperti tupai.Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bengas Skbinatang atau lain-lain yang memusnahkan tanaman atau haiwan.Bukan Kito sendiri tidak tahu kalau bengas sudah menyerang, tiada sesiapa yang dapat menghalang kecuali dijampi dan dimantera. Tulah bukan datang dua atau tiga kali. Tulah hanya akan datang sekali.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bangkawan Mrpenjodoh bilangan untuk atap.Walaupun telah dibuka tiga bangkawan atap dari bumbung rumah untuk dijadikan alas tempat haiwan yang akan dikorbankan.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas