Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok spt pokok ramĀ­butan), arang para, gerat, merat, mutan reba, rambutan kafri, Nephelium mutabile; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok tinggi yg buahnya manis), buah nangka pipit, kelempayan, mempayan, mengkal, tumbung dayung, Nauclea maingayi; b) sj tumbuhan (pokok), bengkel, empayan, kelampi, kelempayan, mempayan, mengkal, timbung dayung, Anthocephalus cadamba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. yg sudah dipulas (diwarnai); 2. = berpulasan ki nampaknya saja baik, tidak asli (tulen), palsu; 3. ark tayar yg dipulas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau buahnya (pokoknya spt pokok rambutan), Nephelium mutabile. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulasan

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Anak gembala bertarik tali;
Adik jauh kami berpesan,
     Jangan lama tidak ke mari.


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
meritam Ib, Kypulasan; Nephelium mutabile.Pop! Ada benda jatuh di hadapannya. Apa? Jenal melangui. Tak ada apa-apa, hanya langit membiru. Rambutan belum berbunga, meritam belum bersuli, apatah lagi asam aur-aur yang belum berputik. Apa?Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas