Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku kaum peribumi yg keempat terbesar di Sarawak, yg tinggal di merata daerah (terutamanya di Kuching dan Serian) dan juga dikenali sbg Dayak Darat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bidayuh


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jopul, *jipor* Bdparang tradisional orang Bidayuh, biasanya disimpan khas untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan peperangan, pertempuran dsb. dan bukan untuk kegunaan harian.Pak Sujang melompat keluar dari balik pondok dengan jopul terhunus dan terhayun-hayun di tangan kanannya.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambok, *jumbua'* Bdsejenis bakul tradisi orang Bidayuh.Sebagai tanda simbolik Datuk Celestine Ujang meletakkan bungkusan biji kopi ke dalam tambok yang dibawa oleh Encik Michael Duk di majlis penyerahan ladang kopi SELCRA seluas 80 hektar kepada Kampung Tema Saan.Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 1995Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
sokot Bdsejenis ulat sebesar ibu jari berwarna kekuningan. Ia hidup dalam batang rumbia yang sudah reput. Ia enak digoreng dan mempunyai banyak khasiat terutamanya protin.(sokot disebut di kalangan masyarakat Bidayuh, manakala ulat mulung oleh orang Melayu tempatan dan si’et oleh masyarakat Melanau)Krombi dan Sokot antara makanan eksotik di Pasar Minggu Satok.Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
tijirak, *pijirak* Bdsejenis burung seperti burug pipit tetapi ekornya panjang dan berwarna keperangan.Burung Tijirak berbunyi dan mengepak-ngepakkan sayapnya dengan kuatnya. Rusa pun terkejut kerana diganggu oleh kelakuan Tijirak itu.Cerita-cerita Rakyat BidayuhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
popong Bdsejenis burung kecil seakan-akan burung puyuh tetapi berwarna hitam. Ia sentiasa berjalan di atas tanah akibat sumpahan hantu cuek (tikus) – dongeng.Burung Popong juga mendengar berita kemalangan itu lalu cepat-cepat pergi ke tempat itu.Cerita-cerita Rakyat BidayuhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menaul Ibhelang.Burung menaul berkata, "Wah, sangat beruntung aku. Sekarang aku mempunyai terompet. Eloklah aku terbang sambil menyanyi dengan seruling ini." Menaul pun menyanyikan lagu, "Kuit, kuit." Semakin tinggi ia terbang semakin kuat pula ia menyanyikan lagu, "kuit.Cerita-cerita Rakyat BidayuhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas