Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kl hampir-hampir sama (serupa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. gas yg memenuhi bumi (terdiri drpd beberapa jenis gas), udara: kerana ~ itu bergerak terjadilah angin; mengambil ~ menghirup udara yg nyaman; 2. keadaan udara pd sesuatu tempat, iklim: ~ panas; ~ sejuk; tempat itu panas ~nya; 3. keadaan udara (bkn suhu, cuaca, dll): hampir dinihari ~ sejuk menggigit tulang; ~ daba aliran udara yg menandakan ada sesuatu yg bergerak, bau sesuatu benda yg dibawa oleh udara; berhawa 1. mempunyai hawa (iklim), ber­iklim: negeri-negeri ~ sederhana; 2. mem­punyai keadaan udara (sejuk, panas, dingin, dsb): bilik ~ dingin; berhawa 1. mempunyai hawa (iklim), ber­iklim: negeri-negeri ~ sederhana; 2. mem­punyai keadaan udara (sejuk, panas, dingin, dsb): bilik ~ dingin; menghawa Id menjadi hawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = ~ nafsu keinginan (kehendak, dorongan hati) yg kuat utk melakukan sesuatu: banyak raja yg dibinasakan Allah Taala kerajaannya sebab menurutkan ~ nafsunya; mengawal ~ nafsu; sesat fikiran oleh godaan ~ yg tamak dan keji; ~ pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan prb, Mn tidak mahu kurang drpd orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = Siti ~ isteri Nabi Adam; kaum (si) ~ bp perempuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 gas yg berbagai-bagai jenis yg memenuhi muka bumi; udara: Apabila ~ bergerak, terjadilah angin. 2 keadaan udara di sesuatu tempat; iklim: ~ dingin; ~ panas; Matahari redup tetapi ~ sangat panas. berhawa mempunyai hawa: negeri-negeri yg ~ panas; bilik yg ~ dingin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; ~ nafsu keinginan yg sangat kuat; kehendak hati yg kuat: Ia tidak dpt menahan ~ nafsunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; Siti Hawa isteri Nabi Adam. kaum ~ kaum perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hawa (kata nama)
Bersinonim dengan iklim, cuaca, udara, suhu;,
Kata Terbitan : berhawa,

Peribahasa

Diturutkan gatal tiba ke tulang.

Bermaksud :

Jika diturut kehendak hawa nafsu, akhirnya jadi binasa.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sekut MSrbau badan yang kurang menyenangkan.Hawa panas yang terbit dari percikan peluh berbaur dengan pancaran matahari. Ini menyebabkan keadaan sekeliling bertambah panas dan membahang. Bau masam, bau hamis, bau bawang, bau sekut dan bermacam-macam lagi bau badan yang terbit daripada wap hawa badan manusia memenuhi angkasa.Anak WatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas