Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di Malaysia yg terletak di timur laut Borneo, keluasan 73 711 km2, Kota Kinabalu sbg ibu negeri, Negeri Di Bawah Bayu; kesabahan bkn sifat kenegerian seseorang yg berasal dr Sabah (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Sabah


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tontog Rgsejenis tambur kecil.Gendang boleh ditemui di mana-mana tempat di Sabah. Gendang asli boleh jadi satu muka seperti karatung dari Tambunan dan tontog di kalangan suku kaum Rungus, atau dua muka seperti gandang dari Penampang serta gandang di kalangan suku kaum Rungus.Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
karatung Kd Tmsejenis tambur kecil.Gendang boleh ditemui di mana-mana tempat di Sabah. Gendang asli boleh jadi satu muka seperti karatung dari Tambunan dan tontog di kalangan suku kaum Rungus, atau dua muka seperti gandang dari Penampang serta gandang di kalangan suku kaum Rungus.Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kulintangan MSbsejenis alat muzik masyarakat Sabah yang terdiri daripada gong kecil.Pukulan gong, kulintangan dan gendang semakin rancak. Rumah pengantin lelaki itu semakin sesak dibanjiri oleh tetamu yang meraikan majlis perkahwinan itu.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pompok Rgsejenis alat muzik tradisional di Sabah.Lagan. Enandakan kembali mendiamkan diri. Kerongkongnya terasa tersumbat. Bunyi sandangau, sorudon, keritikon, dan pompok bergema dibawa desah angin.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
togis Kdpasir.6. Togis diganti dengan kertas pasir/penghalus.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bertapihlipatan kain.Berkain songket yang bertapih di bahagian belakangnya.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tengkaput Ihsejenis burung dalam cerita mitos.Berjalanlah Kedakil di negeri Sulug bersama sahabatnya burung Tengkaput.Sabah Folk Tales 1-7Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
tabu dita Mrsejenis tempayan besar yg berwarna biru putih.Menempatkan Galeri Pameran kekal, termasuklah Galeri Etnografi yang mempunyai koleksi busana etnik, peralatan muzik dan pelbagai artifak milik pelbagai etnik masyarakat di Sabah. Koleksi Tembaganya diperoleh daripada warisan tinggalan nenek-moyang dahulu kala seperti tempayan dan tembikar termasuklah tajau tabu dita yang jarang ditemui, tempayan tembikar biru putih yang amat besar tinggalan Dinasti Qing pada abad ke-18.Brosur Kota Kinabalu Ibu Negeri Peranginan Sabah.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
sirung Kd, MSbterendak daripada anyaman buluh.Pusat Sains & Pendidikan – direka dengan atap menyerupai seraung atau sirung (topi anyaman buluh tempatan). Pusat Sains & Pendidikan ini memiliki pameran kekal Shell yang akan menawarkan penjelajahan pendidikan tentang kepentingan minyak luar pesisir dan industri gas di Sabah.Brosur Kota Kinabalu Ibu Negeri Peranginan Sabah.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
Berunsai Bj Sm,Tbsejenis tarian tradisional.Berunsai adalah tarian tradisional suku Bajau di daerah Kota Belut, Sabah. Penari-penari yang terdiri dari lapan orang akan belakang-membelakangi dan bergerak ikut pusingan bulatan ke kanan.Tarian-Tarian MalaysiaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12345678910...

Kembali ke atas