pengiwan, *pongiwan* Mr Ps | mertua. | Menurut... ya... em... menurut di Inaran dia hampir sama dengan Murut di Nabawan. Menurut ya... khasnya pengiwan... kalu Murut di Pensiangan... eh... lain dia berlainan dia betul punya bahasa. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
auk Ib, MSr | ya. | Auk! Auk! Kocon menyahut agak sejurus kemudian, dengan suaranya yang digerenek-gerenek, seolah-olah mempersenda perintah nenek. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kidum MSb | senyum. | “Ya, memang dia menyintai gadis itu,” getus hati Omar. Kilau matanya, riak wajahnya pun kidum tawanya serta gelagat rianya dipenuhi oleh cinta yang terus membara terhadap dara itu. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
chemaru Ib | badak. | “Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumpik Bj Sm, Tb | sejenis kapal. | Ya. Bukankah kakak lari dari kapal tumpik yang membawa kakak belayar dari Johor untuk dikahwinkan dengan Sultan Sulu? tanya Karini. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gabi Ir, Tb | makan malam. | “Aku tak gagah lagi, Ya....,” Beliau Kusai pernah memberitahu isterinya ini, suatu malam selepas gabi. Isterinya ini mencadangkan tanah sebidang di belakang rumah agar dapat diusahakan. | Sup Ekor | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aman Kd, Mr | sapaan hormat untuk lelaki yang lebih tua. | Ya, sahut Mogan bangga "Jangan resah Aman, saya selalu pandu Land Cruiser ke Nabawan, Dalit, Kelampun dan Batu Lunguyan," kata Mogan cuba meyakini Encik Safuan. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sengkenyang Ib | sejenis tumbuhan bebawang yang berdaun lebar. Ia ditanam bersama-sama dengan tanaman padi. | Ya, kalau sudah begitu, bawalah apa-apa saja yang kamu sayangkan di sini, dari huma dan tanah kamu. Seperti tumbuhan sengkenyang untuk permainan semangat padi kamu, cekur, kunyit dan lain-lain, kata Keling. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
galang Ib | kiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya. | “Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
miontong Kd | dewa pelindung. | Semua orang Kadazan dulu menyembah itu Tua Pek Kong (dewa Cina) juga. Ya, dulu. Ada yang menyembah penjaga di rumah. Kadazan bilang miontong (dewa). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |