Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isteri­nya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abu I

Puisi
 

Cik Abu orang Peringgit,
     Siang malam main perahu;
Buku tebu boleh kugigit,
     Buku buluh belum tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berdiang di abu dingin.

Bermaksud :

Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
garusai Ihsejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis keramaian yang ditarikan di atas pentas yang di bahagian tengahnya diletakkan setalam abu.Tarian Garusai ini sama keadaannya dengan tarian Runsai bagi kaum Tidung. Ianya ditarikan pada sebuah pentas atau dewan, di mana di tengah pentas atau dewan itu akan diletak setalam abu untuk menjadi bekas membuang ludah dan puntungan rokok.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ropuan Kd, Tbdapur kayu, tempat menyalakan kayu api untuk memasak.Setompok arang yang masih berasap sedikit kerana telah dijirus air dan tompokan abu putih, terdapat di atas ropuan berukuran empat kaki persegi. Di ropuan itu tersusun lima enam batang kayu api. Hujungnya berwarna kehitam-hitaman kerana telah terbakar.Mimpi BurubutGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lakai LBhujung bulu ekor ayam jantan.Pengiran anak Raca Sarip mengantuk lalu tertidur di situ. Dia tidur di tengah-tengah Tuked Remini dan Balang Lemudan. Tuked Remini mengambil segenggam abu lalu meletakkannya di hujung lakai Pengiran anak Raca Sarip itu.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas