pauh laba Ib | sejenis pauh yang disebut dalam dongeng cerita Iban sahaja yang tumbuh di pusaran air. | PADA suatu masa dahulu ada seorang lelaki bernama Jelenggai. Pada zaman itu orang yang memperolehi buah pauh laba menganggap dirinya amat bertuah. Pauh laba ini tumbuh di pusat air di lautan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
muas, *muaih* Ib, Ml | ratapan semasa upacara kematian. | Pada masa dahulu kebanyakan daripada orang Melanau memang selalu meratap dan merintih apabila mendapat kecelakaan terutama ketika orang mati. Bermacam-macam perkataanlah terkeluar dalam ratapan itu. Ratapan begini dinamakan 'muas'. Bahkan sekarang ini di setengah-setengah tempat masih ada orang Melanau yang 'muas' pada masa kena kematian dalam keluarga. | Maharaja Tugau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |