ugak MSr | tunggul. | Dup! Agak-agaknya begitulah bunyi tubuh Pak Udak Hassan jatuh ke tanah. Akibatnya: elok-elok gigi masih ada dua tiga batang, jadi tertanggal semuanya kerana terlanggar ugak kayu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
datang kain MBr | datang bulan. | Dara pun tidak dapat diharapkannya kerana badannya naik subur terlalu cepat. Agaknya kerana dia terlalu kuat makan, fikirnya sejenak. Datang kain ketika berusia sebelas tahun, sebelum sempat ditebuk telinganya. Dewasanya lebih cepat daripada yang diharapkannya dan dijangkakannya juga. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jubata Sk | dewa. | Mungkin inilah sialnya, gerutunya dalam minda yang sempit dan semakin payah digunakan untuk berfikir itu. Tulah apalah ini! Huh, disumpah Jubata agaknya. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |